Kos biaya atau sara hidup meningkat sejak dari hari pertama manusia mengunakan matawang bagi urusan jual beli mengantikan sistem ‘barter’. Kos ini meningkat sejak hari itu dan terus meningkat, meningkat dan meningkat lagi sehingga ke hari Kiamat. Itu yang telah dijanjikan dan itu yang telah dimuktamadkan di dunia ini. Satu-satunya tempat yang tidak ada inflasi adalah Syurga sahaja.
Berapa banyak kenaikan kos dan berapa cepat kos itu naik akan ditentukan oleh permintaan dan penawaran, itu yang paling asas sekali. Sumber yang ada di dalam dunia ini adalah terhad, di mana semakin lama semakin berkurangan stok galian seperti bijih timah, besi, tembaga dan minyak mentah.
Bagi memastikan kita mengurus kewangan kita dengan betul, bersesuaian dengan gaji kita, kemahiran dalam ilmu kewangan tidak boleh dipandang sebelah mata. Kemahiran itu bukan sahaja untuk diri kita tetapi ia adalah keperluan mustahak bagi setiap ahli keluarga kita untuk memilikinya. Tanpa kemahiran tersebut kita tidak tahu apa yang kita perlu lakukan dari masa ke semasa supaya tidak dibebani dengan kos biaya hidup semasa. Kita juga tidak tahu membezakan yang mana keperluan dan yang mana satu adalah kehendak.
Pilihan yang boleh elakkan bagi menjamin kita tidak dibebani dengan bebanan hutang dan kos sara hidup yang melampau tinggi adalah:
-
Menukar kereta lama yang kita sudah menjelaskan pinjamannya dengan membeli kereta baru, model baru
-
Membiayai semula ‘refinance’ rumah bagi mendapat duit membesarkan rumah supaya lebih selesa dan cantik
-
Membeli Sofa mahal yang hanya cantik tetapi tidak tahan lama dan susah untuk dijaga
-
Membeli tv model baru, sedangkan yang lama masih mengeluarkan gambar dan bunyi yang jelas.
-
Membeli handphone 3G sedangkan handphone yang ada sekarang masih boleh membuat dan menerima panggilan
-
Membeli komputer terkini, sedangkan komputer di rumah itu masih menunjukkan huruf A setiap kali kita menekan A, tiada bezanya dengan komputer baru, tekan A, keluar di skrin juga A
-
Dan banyak lagi yang kita dapat elakkan dibebani dengan tekanan hutang dan ketiadaan duit yang mencukupi…
Emel : info@shamsuddinkadir.com
Membina Dimensi Sebenar!
4 comments on “Kos Biaya Hidup Semakin Tinggi”