Salam,
Terlebih dahulu, tahniah saya ucapkan kepada encik atas info yang diberikan di TV3. Saya mengikutinya setiap episod dan banyak idea yang bernas terkeluar di pikiran saya.
Di sini, saya ingin bertanya pendapat encik tentang pilihan bank perumahan yang akan saya buat, terdapat 2 buah bank yang menawarkan pinjaman kepada saya.
Saya ingin encik nasihatkan saya bank mana patut saya ambil. Di bawah ini saya sertakan butirannya.
Harga rumah RM 376 372.00
Bank A Bank B
Pinjaman yang tawarkan 70% 75%
Tempoh Fasiliti 22tahun 27tahun
Faedah Tahunan 3.88%p.a (RM1987.00 sebulan) BLR-2.10
Ansuran Bulanan RM1987.00 RM1531.17
Bulan berikutnya BLR-1.70% BLR-1.60 selama 4 tahun
(RM 2138 sebulan -22tahun) (RM 1612.14 sebulan)
BLR-1.60 selama 2 tahun (RM 1590.53sebulan -22thn)
Oleh itu tolong encik terangkan dan nasihatkan kepada saya bank mana patut saya ambil. Ini merupakan pinjaman bank saya dan isteri saya yang pertama kerana kami tidak pernah membuat apa apa pinjaman bank sebelum ini.
Untuk pengetahuan encik umur saya kini adalah 35 tahun.Sekian Terima kasih
RJ (Bukan nama sebenar)
…………………………………………….
Salam,
Untuk makluman semua pelawat halaman blog www.shamsuddinkadir.com, saya tidak memberi pandangan apabila seseorang individu ingin mendapatkan pembiayaan mengunakan sistem ‘konvensional’ ini berdasarkan Surah Al-Baqarah ayat 278-279. Secara amnya ianya bermaksud “Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah, dan tinggalkan saki baki riba jika kamu orang yang beriman, jika kamu engkar maka istiharkanlah perang terhadap Allah dan Rasul. Surah Al-Baqarah adalah surah yang kedua selepas Al-Fatihah apabila kita membaca Al-Quran.
Saya mencadangkan kepada saudara RJ menimbangkan bagi mendapatkan pembiayaan yang berlandaskan hukum Syarak. Insyaa-Allah saya dan pelawat lain akan turut serta memberikan pandangan dalam memilih di antara dua pembiayaan yang berlandaskan hukum syarak.
Walaubagaimanapuan saya akan memberikan pandangan apabila seseorang yang telah terambil pinjaman ataupun pembiayaan konvesional dan ingin bertukar kepada yang mengikut hukum syarak.
Terima Kasih
2 comments on “Faedah Pinjaman Rumah ‘House Loan Interest’”