Tetamu SK : Apa Pendapat Tuan Tentang Perlaburan ASB?

Afandi berkata:

Salan Sham,

Apa pendapat tuan tentang pelaburan dalam ASB? No doubt pulangannya memuaskan, tapi bagaimana dengan isu adakah ia menepati kehendak syariah?

———————————–

Waalaikummusalam Tuan Afandi,

Mengikut fatwa kebangsaan yang dikeluarkan pada tahun yang lalu bahawa melabur (menyimpan) dalam akaun ASB adalah harus.

Walau bagaimanapun Tuan mungkin mendapat maklumat terkini  berkenaan ASB  melalui Tuan Zaharuddin di www.Zaharuddin.net.

Mengambil pinjaman konvensional (sistem kewangan riba) bagi melabur dalam ASB adalah haram di sisi orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah.

Seperti mana yang Allah tegaskan di dalam kitabNya. Antara kandungan dalam sural Al-Baqarah Ayat 278-279 “Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkan saki baki riba, jika kamu orang yang beriman, jika kamu ingkar, maka istiharlah perang terhadap Allah dan Rasul.

Ayat ini hanya ditegaskan kepada manusia yang menganut agama Islam yang BERIMAN, BERTAQWA DAN BERIMAN sahaja untuk patuh kepada arahan Allah.

Ada individu “Tepuk dada, tanya selera”

Ada individu “Tepuk dada, tanya IMAN”

Do’a sahabat Umar bin Khattab: “Ya Allah, tempatkanlah dunia dalam genggaman tangan kami dan jangan kau tempatkan dia di lubuk hati kami.”

Shamsuddin Kadir

Emel: info@shamsuddinkadir.com

1 comments on “Tetamu SK : Apa Pendapat Tuan Tentang Perlaburan ASB?”

  1. Pingback: Hukum Pelaburan Dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) « Takaful-Smart-Medic-100-Guide

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *