Surat Pembaca : Terperangkap Oleh Voucer Percuma

Assalamualaikum,

Tuan, saya baru sahaja menonton siaran motivasi pagi ‘perangkap kewangan’ dan berasa sangat bertuah kerana buat pertama kalinya informasi yang diberikan amatlah berguna kepada saya.

Saya kini berusia 27 tahun dan sudah pun berkahwin.  Apa yang mahu dikongsikan disini. saya telah melanggan perkhimatan ‘Tipu fitness’ (Bukan nama sebenar) kontrak selama 2 tahun. Al-maklumlah teruja dengan yoga, sauna dan macam-macam lagi peralatan terkini syarikat tersebut.

Bagaimana saya boleh melanggani ‘Tipu fitness’?

Mula-mula dia menelefon saya menyatakan ada voucer yang saya dapat dan boleh ambil dia bgn itu.  Saya pun nekad just nak ambil voucer sahaja dan tidak mahu lebih dari itu. Akan tetapi sampai saja di sana, rupanya mereka lagi bijaksana memerangkap saya lalu saya pun bersetuju dan mengeluarkan kad kredit untuk wang pendaftaran. Mereka sangat pandai melekakan kita. Kejadian ini membuatkan saya sangat berhati-hati jika terjadi lagi.

Sekarang ni saya telah menghantar surat mengatakan saya ingin membatalkan kontrak saya . Tetapi pihak Tipu fitness (Bukan nama sebenar) tidak menerima kerana kontrak saya 2 tahun. Saya sangat pelik kerana tidak tahu ke mana harus saya selesaikan masalah ini. Saya berharap dapatlah tuan membantu saya mendapatkan jalan untuk mengurangkan beban hutang saya ini.

Terima kasih

AH

…………………………………………

6 comments on “Surat Pembaca : Terperangkap Oleh Voucer Percuma”

  1. Faizul Tendong Reply

    Saya pun pernah terkena sebelum ni. Taktik yang digunakan lebih kurang sama dengan syarikat yang menawarkan vacation membership, hotel membership, dan sebagainya. Malahan ada syarikat Gores & Menang; Menang pun ada yang guna teknik yang sama.

    Cara kita nak kenal pasti penipuan sebegini pada saya sangat senang, iaitu kalau dah mereka bersusah payah mencari kita (telefon, dan sebagainya) semata-mata nak beri kita sesuatu percuma, maknanya ada udang disebalik mee la tu.

    Sebabnya adalah sangat jarang (atau hampir tiada) manusia yang sangat baik hati sanggup bersusah payah mencari manusia lain untuk menderma (beri sesuatu percuma) pada orang tersebut tanpa mengharap balasan yang setimpal.

  2. Zam Reply

    Salam Mr. Din,

    In the world of innovation, we are not only being submerge with new ideas/concepts of better living. There are also people comes with innovation how to con other people.

    I had a personal experience of attending a so-called ‘product lunching’ which turn out to be a membership recruitment drive by a vacation management company. They had first called me offering free vacation for 3 days and 2 nights somewhere in Thailand. The condition was no purchase of product and no obligation except ‘just listen to their presentation’. I am totally agree with Faizul when he wrote …ada udang disebalik mee…

    Luckily I have a wife with a heart of stone. We had 3 hours of torturing session of pujuk rayu and to some extend they will question your intelligence of decision making, we just said ‘Can I have my vouchers please’ throughout the session. And at last we succeed.

    What’s the secret – leave your ego, anger, symphaty and those equivalent at home and the MOST important thing that you should not bring along i.e. your Credit Card.

    If any reader wish to try, I strongly recommend not to. It worth more buying the ticket yourself than going through the experience.

    Regards.

  3. Wan Reply

    Sekadar ingin berkongsi….saya juga pernah melalui situasi ini melalui panggilan telefon. Saya dengar sahaja apa yang ingin dibebelkan. Selepas habis sesi membebel saya kata saya tak nak. Dia tanya kenapa?, saya kata memang saya tak nak – nak buat macammana lagi. Nasib menyebelahi saya…dia pun surrender.

    Nasihat saya jangan mudah termakan pujuk rayu seperti itu. Kalau tidak pasti menyesal tak sudah

  4. Azemi Ali Reply

    Salam.

    Saya mengamalkan konsep “Nothing Free in This World”. Kalau ada sesiapa saja call (yang tak dikenali) dan ofer macam macam benda, saya akan cakap – “I’m not interested, bye, have a nice day” dan off telefon.

    Dan ia memang berkesan bagi saya.

  5. khairole Reply

    salam..

    Saya juga pernah terkena dengan taktik sebegini. Saya setuju dengan Azemi, “nothing free in this world”. Kebiasaannya setiap kali saya menerima panggilan dari jurujual, saya cakap dengan lembut yang saya tidak memerlukannya. Jika mereka berdegil dan terus membebel, saya akan tanyakan soalan seperti “anda belum habis lagi?”

    Bagi saya, dengan bertanya, kita akan menguasai keadaan.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *