Adakah pasaraya besar membantu kita berjimat? Jika dilihat dari satu sudut, ya jawapannya. Di mana harga yang dipamerkan ada benarnya di atas dakwaan mereka.
Kajian yang dibuat oleh Tim SK mendapati keluarga yang berbelanja di pasaraya besar lebih hidup tertekan berbanding keluarga yang berbelanja di pasaraya kecil ataupun kedai runcit.
Kenapa ianya berlaku ?
Walaupun pasaraya besar menawarkan harga murah secara puratanya 5 – 10% jauh lebih murah dari kedai runcit, rata-rata pengunjungnya membelanjakan 35% melebihi dari yang sepatutnya pada setiap bulan. Ini bermakna walaupun mendapat penjimatan, pasangan sebenarnya belanja di luar kemampuan, ini membuatkan poket kita sentiasa kosong.
Manakala pasangan yang berbelanja di Kedai Runcit, mereka tidak dibebani dengan belanja di luar kemampuan, kerana peluang untuk berbuat demikian terbatas. Nafsu mereka tersekat sebaik sahaja memasuki kedai runcit, kerana 95% barang yang dijual adalah barangan keperluan. Barangan diluar keperluan mewakili tidak sampai 5%.
Antara kaedah terbaik juga untuk berjimat dan supaya poket tidak kosong adalah dengan membeli di pasaraya kecil seperti Mydin Mart, yang mana barangan di luar keperluan masih dalam peratus yang terkawal berbanding pasaraya besar.
Pasaraya besar menjual 90% barangan yang diluar kemampuan kita, hanya 10% sahaja barangan yang ada di sana yang kita mampu bayar dan layak memilikinya dengan mengekalkan taraf tenang.
Jimat tetapi setiap bulan lingkup, bukan satu pilihan yang baik. Nafsu menjadi buas apabila sekatan bagi barangan yang tidak mampu kita miliki tidak dikawal. Satu lagi penyebab utama kenapa hidup kita tersempit adalah di pasaraya besar kita boleh miliki apa sahaja dengan membawa kad ‘Ajaib’ iaitu kad kredit.
Shamsuddin Kadir, Trainer dan Penulis buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang
Emel: info@shamsuddinkadir.com
2 comments on “Pasaraya Besar Jimat Tetapi Poket Kosong”