Insyaa-Allah saya akan ke udara pada pukul 7 pagi pada hari Ahad ini bagi membicarakan topik ‘Perangkap Kewangan”.
Tuan dan Puan semua dijemput dan dialu-alukan bagi memberikan maklum balas berkenaan dengan segmen Motivasi Kewangan yang akan ke udarakan buat kali kedua. Insyaa-Allah jika program ini mendapatkan maklum balas yang baik, ianya akan diteruskan di masa hadapan. Mohon maaf jika bahasa yang digunakan itu ada yang membuatkan hati di antara penonton yang terguris. Tiada niat saya untuk menyakiti, tujuannya semata-mata bagi memberi peringatan kepada kita semua.
Logo TV3 ini di salin dari halaman rakan trainer Tuan Fadzli Yusof. Beliau juga yang memberi sokongan di atas kapasiti beliau sebagai setiausaha TAMRIN.
Saya akan muncul dalam siri MOTIVASI PAGI TV3 seperti berikut:
1. 03/08/2008 – Mengurus Hutang
2. 10/08/2008 – Mengurus Perbelanjaan
3. 23/08/2008 – Minat Menabung
4. 30/08/2008 – Merancang Sara Hari Tua
5. 19/10/2008 – Antara Keperluan & Kehendak
Gambar di atas dan sebahagian informasi di salin dari halaman SifuPTS.
Terima kasih kepada semua yang memberikan maklumbalas bagi siaran Motivasi Pagi pada 3 Ogos yang lalu. Terima kasih
Saya mengalu-alukan sebarang komen, sokongan, pandangan yang berkemungkinan besar saya akan ajukan kepada Tuan Penerbit TV3.
Bagi sebarang jemputan bagi ceramah dan kursus, sila hubungi saya melalui 03-5548 4348 ataupun emel ke info@shamsuddinkadir.com
Membina Dimensi Sebenar!
6 comments on “Diari SK : Muncul Di Motivasi Pagi TV3 Ahad Ini”