Menstruktur Semula Pinjaman Kereta

Syarikat kewangan  sedang membuat persediaan bagi menstrukturkan semula pembayaran balik bagi pembiayaan kereta oleh pelanggan. Tujuannya adalah bagi mengurangkan bebanan pelanggan yang menangung komitmen ansuran bulanan yang tinggi.

Sekurang-kurangnya 3 bank terkemuka akan mengumumkan pelan dalam masa terdekat, itu yang dilapurkan di dalam sebuah akhbar tempatan semalam.

Kaedah yang akan digunakan sudah pasti adalah dengan memanjangkan tempoh pembiayaan. Mengurangkan kadar faedah ataupun keuntungan mungkin bukan satu kaedah yang menjadi pilihan bank.

Secara puratanya pembeli mengambil pinjaman antara 7 hingga 9 tahun. Jangka hayat purata kereta sebelum mengalami kerosakan adalah 4-5 tahun. Apabila baki pembiayaan kenderaan sudah berkurangan, dan ditambah kembali apabila distruktrukan semula menambahkan lagi bebanan pemilik dari segi kos faedah ataupun keuntungan tambahan yang diperolehi oleh bank.

Bagi individu yang ingin memohon bagi menstruktur semula pembiayaan kenderaan, elok terlebih dahulu membuat bedah siasat gaji. Dapatkan kos sara hidup bulanan saudara dengan terperinci supaya saudara ketahui status kewangan terkini. Antara yang membebankan individu adalah menambahkan bebanan melalui skim ansuran mudah, kad kredit, pinjaman peribadi dan sebagainya. Elakkan daripada menambah hutang baru bagi memastikan kita dapat mencapai kebebasan kewangan.

info@shamsuddinkadir.com

Membina Dimensi Sebenar!

1 comments on “Menstruktur Semula Pinjaman Kereta”

  1. nizam Reply

    Ini adalah untuk teladan pada semua. Perkara ini telah terjadi kepada saya. Saya buntu mencari jalan untuk menyelesaikan hutang. Kereta sudah 5 bulan sangkut. Rumah belum bayar,api dan air tertunggak, duit sekolah anak2 pun belum bayar. Jalan ringkas yang saya ambil pinjam wang dari satu syarikat pinjaman. nama syarikat “@#$%^& credit.

    Mula-mula saya menghubungi satu no tel 016983XXXX. Dia beri tahu orang dia akan menghubungi saya. Selepas itu orang yang bernama Mr.Lee menghubungi saya dengan no peribadi.

    Setelah berbincang dia suruh saya menghubungi dia dengan no 0162XX XXXX dan masukan wang RM 500 ke dalam akaun Hong Leong bank acc no xxxx atas nama xyz syr dcd.

    Kerana perlukan duit saya masukan pada petang itu. Mr Lee bagi esok tengahari saya akan dapat duit pinjam RM 5,000. Dia kata rm 500 itu sebagai duit proses dan duti stem. ke esokkan hari Mr Lee menghubungi saya dan minta rm 500 lagi utk duit cagaran.Saya bagi tau dia saya sudah tiada wang utk itu.saya batalkan permohonan saya dan dia akan pulangkan rm500 saya.Tapi sudah nasib badan sampai sekarang tak ada berita.jawabnya kena la saya……jd berhati2 dgn skim pinjaman yang ada di negara kita ini.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *