Pembunuh Kualiti Hidup Diri & Keluarga

Apabila kita memberikan hadiah (reward) yang berjadual ianya sebenarnya adalah cara kita membunuh kualiti hidup orang yang menerima hadiah tersebut.

Apabila hadiah (reward) diberikan secara berjadual, iaitu ada tarikh tetap, tidak ada usaha yang akan dilakukan, kerana sama ada kita maju ataupun sebaliknya, kita tetap menerima hadiah tersebut.

Nabi Muhammad dikatakan tidak memberi hadiah berjadual, beliau hanya memberi hadiah berdasarkan prestasi.

Contohnya, isteri kita masih kekal cara masak yang kita sudah berulang kali memberitahunya supaya menukarkannya, harijadinya tetap akan sampai. Jika kita menyambut harijadinya, kita sebenarnya mengatakan kepadanya bahawa teruskan kekal dengan cara masak awak itu, ini hadiahnya.

Begitu juga apabila suami kita sentiasa menyakiti hati kita dengan perangainya yang suka menyelerakkan rumah, kita mengatakan kepadanya teruskan dengan tabiat abang itu dengan kita memberi reward ataupun hadiah sempena ulangtahun perkahwinan.

Ada pasangan yang sudah ingin bercerai, memilih untuk menunggu hari ulangtahun perkahwinan yang ke-10 bagi meraikan sebelum bercerai keesokkan harinya.

Anak kita yang tidak ikut kata kita, kita menyatakan teruskan dengan perangai tidak ikut kata itu dengan kita memberi reward iaitu hadiah pada harijadinya itu.

Bagaimana dengan hadiah (reward) hantaran sewaktu perkahwinan yang bertarikh itu ?

Selagi ianya sekadar bagi menghargai pasangan baru kita itu dengan syarat kita mampu bayar secara tunai tanpa membebankan, silakan.

Sebagai permulaan bagi menukarkan konsep meningkatkan prestasi seluruh ahli keluarga kita adalah dengan kita menghadiahkan buku berinspirasi pada setiap kali kedatangan harijadi, aniversary dan perkahwinan.

Sambutan perlu dilakukan bersama hadiah bagi meraikan setiap usaha suami, isteri ataupun anak kita walaupun usaha itu tidak mencapai hasil yang bagus. Kita mendorong melalui usaha dan bukannya hasil.

Jadi, walaupun tiada sambutan harijadi, kita sebenarnya mungkin menyambut 10 kali kejayaan di atas prestasi suami kita itu dalam setahun.

Semua ahli keluarga kita pasti sibuk bagi menyerlahkan potensi sebenar setiap masa.

SK sendiri sudah tidak menyambut harijadi, ulangtahun yang berjadual ini sejak 2 tahun yang lalu.

Shamsuddin Kadir (Trainer & Author)

Emel: info@shamsuddinkadir.com.

2 comments on “Pembunuh Kualiti Hidup Diri & Keluarga”

  1. Zamri Mohamad Reply

    Assalam alaikum wbt

    Tuan saya berpandangan konsep hadiah berjadual ini wujud dalam konteks ibadah.

    Misalnya tiga puluh hari berpuasa, Allah menghadiahkan Syawal bagi meraikan usaha berpuasa para hambanya dan diharamkan berpuasa pada hari pertama.

    Prestasi berubah apabila adanya keterlibatan individu yang mahu ia diubah. Sebagai contoh, dalam kisah Nabi Muhammad dan Aisyah, makanan yang dimasak Aisyah sedikit masin. Apa yang dilakukan oleh Nabi ialah mengajak makan bersama-sama, dari situ barulah tahu perlu ada sedikit perubahan pada masakan tersebut.

    Pandangan saya mungkin ada salah silapnya. Interpretasi dengan ilmu yang sedikit dalam diri.

    Allah lebih mengetahui.

    ZAMRI MOHAMAD
    http://www.motivasimindamu.blogspot.com

  2. Shamsuddin Kadir Reply

    Waalaikummusalam Tuan,

    Satu pandangan disusuli dengan sebuah kisah yang bagus untuk kita hayati dan aplikasi dalam kehidupan.

    Ya memang benar, kita ada hadiah yang ditetapkan berjadual oleh Allah di atas prestasi kita mengerjakan ibadah puasa dengan sempurna iaitu syawal. Ianya sebenarnya diperuntukkan bagi orang yang berpuasa dan bagi orang yang ‘uzur’ dengan kebenaran.

    Tarikh syawal itu ditetapkan supaya ianya menjadi perayaan prestasi secara besar-besaran dan menjadi sebagai perangsang untuk kita meningkatkan prestasi masing-masing.

    Shamsuddin Kadir

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *