Pada hari ini, insyaa-Allah saya akan menjayakan kursus separuh hari untuk kakitangan kumpulan PTS Publications & Distributors Sdn Bhd di Taman Permata, Kuala Lumpur. Jumlah kakitangan yang terlibat adalah di antara 45 hingga 50 orang. Terima kasih kepada Cik Shazarina Mohd Azmy daripada bahagian sumber manusia PTS yang telah menjemput saya.
Ianya adalah sebahagian daripada intisari kursus Dimensi Diri yang telah dijayakan dipelbagai organisasi seperti di Lembaga Hasil Dalam Negeri, Majlis Perbandaran Port Dickson, Forest Research Institute of Malaysia (FRIM) dan yang bakal menyusul adalah syarikat yang termasuk dalam 10 syarikat yang paling untung di dunia.
Sebenarnya ianya adalah satu ceramah pengenalan tentang kewangan, tetapi di atas soal selidik awal, saya akan pastikan mereka mendapat beberapa kemahiran yang menjadi permulaan kepada peserta mengenali kewangan diri dari sudut 3D.
Untuk makluman saudara/i, PTS adalah syarikat yang menerbitkan semua buku saya sehingga ke hari ini. Saya menyokong penuh organisasi yang memberikan kemahiran TERHAD ini kepada wargakerjanya. PTS adalah di antara syarikat swasta yang mengambil tindakan proaktif dan mengorak langkah dalam memaksimunkan setiap ringgit yang diperolehi oleh wargakerjanya. Ini adalah satu langkah perlu, kerana kelemahan dalam kemahiran mengurus duit menjadi penyebab utama kenapa prestasi pekerja menurun.
Membina Dimensi Sebenar!