Duit Kita Semakin Sempit Untuk Keluar

Semakin hari semakin sempit peluang untuk duit kita keluar dari poket ataupun dari akaun bank kita. Ini adalah hasil dari doa dan usaha kita secara bersama.

Jika dahulu kita mungkin kurang dengan kemahiran mengurus wang, sehingga menyebabkan bukan sahaja duit kita mengalir keluar tidak tentu hala, hutang juga mengalir masuk tidak tentu hala.

Kini, kita tidak lagi dibebani dengan perangkap-perangkap kewangan yang ada diluar sana. Kita tidak lagi membeli barangan di pasaraya tanpa ada disiplin iaitu tanpa senarai.

Kini kita tidak lagi membuat hutang melalui kad kredit, skim ansuran mudah ataupun pinjaman peribadi.

Semakin hari berlalu semakin kurang hutang yang kita tanggung, kita tidak lagi membeli kereta yang diluar kemampun kita walaupun orang lain kata kita berkemampuan.

Kita tidak lagi membelanjakan masa dengan membiarkan masa itu berlalu, kini kita semakin banyak membelanjakan masa itu dengan ilmu-ilmu berguna sama ada membaca, belajar, membantu ataupun mengajar.

Halaman www.shamsuddinkadir.com sudah memiliki entri iaitu artikel melebihi 1000. Semoga usaha-usaha yang didokong secara bersama ini terus menerus membantu kita secara bersama sampai bila-bila.

Tahniah kepada Tuan dan Puan yang memaklumkan kepada kami berkenaan status ‘bebas bebanan hutang dan stress’ akibat mengikuti buku-buku tulisan SK dan juga blog ini. Semoga lebih ramai lagi sahabat kita yang mendapat manfaat.

Teruskan usaha kita secara bersama bagi membebaskan diri dari bebanan. Jika Tuan dan Puan ada kaedah ataupun cara ataupun ada informasi boleh dikongsi secara bersama di sini.

Shamsuddin Kadir

Emel: info@shamsuddinkadir.com

4 comments on “Duit Kita Semakin Sempit Untuk Keluar”

  1. mharizan Reply

    Tuan SK, zaman era internet hujung jari ini, tanpa ilmu ramai yang masih terperangkap dalam kemelut masalah kewangan. Kita didedahkan berbagai informasi sehingga “overloaded”. Ramai yang masih tercari-cari jalan keluar dalam menyempitkan laluan duit keluar. Namun semakin ramai pula yang tersepit dan tanpa disedari laluan hutang pula telah diperbesarkan.

    Saya nak kongsi (diceritakan oleh rakan saya yang menjadi mangsa) sedikit berkenaan kemudahan sistem di internet yang menyediakan sistem pembayaran automatik iaitu pembayaran secara berkala atau secara bulanan. Sistem ini biasanya dibangunkan secara automatik semasa kita mula-mula bersetuju untuk membeli sesuatu produk/perkhidmatan. Dengan kata lain “repeat sale” akan berlaku secara automatik melalui kredit kad. Peliknya apabila pelanggan ingin membatalkan pembelian secara bulanan ini, prosesnya tidaklah pula automatik malah menyukarkan dan lambat. Sedar-sedar charge bulan depan dah dikenakan.

    Jalan terakhir telefon bank batalkan kad kredit atau buat sahaja lapuran kad hilang. Berhati-hatilah.

  2. Shamsuddin Kadir Reply

    Terima kasih di atas makluman yang amat berguna ini.

    Kepada yang masih ingin memiliki dan mengunakan kad kredit, ini adalah satu pengajaran berguna yang kita perlu ambil perhatian.

  3. EN KHAIRUDIN MALIKI Reply

    Tuan SK… Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada tuan kerana telah membantu ramai orang membebaskan diri daripada belenggu hutang.

    Tuan memang hebat dan luar biasa sekali… Didalam lebih 100 buah buku pengurusan kewangan dan motivasi yang saya beli, baca, fahami dan amalkan, buku2 tuan seperti “HIDUP TENANG WALAUPUN BERHUTANG” dan “MAKAN GAJI TAPI KAYA” adalah antara “best of the best”.

    Tuan SK… Disini saya ingin berkongsi beberapa tips kewangan iaitu “RAHSIA BEBAS DARIPADA BELENGGU HUTANG”.

    Tips ini saya amalkan sendiri dan ternyata ia berkesan. Mungkin ia boleh membantu ramai orang yang mengalami masalah hutang terutama pengunjung2 blog ini.

    : JANGAN SESEKALI menggunakan KAD KREDIT @ MEMBUAT SKIM BAYARAN MUDAH walau anda terdesak, kesempitan atau tiada wang sekalipun.

    Amalkan perbelanjaan melalui WANG TUNAI sahaja : TANAMKAN DALAM HATI bahawa kad kredit adalah ‘KAD GANTUNG DIRI’. Apabila anda memilikinya bermakna anda sengaja cari ‘tali gantung’ untuk ‘bunuh’ kewangan anda. Lagi banyak anda memilikinya, lagi banyak anda sediakan ‘tali gantung’ untuk ‘bunuh’ kewangan anda

    : TANAMKAN DALAM HATI bahawa skim bayaran mudah bermakna ‘SKIM CEPAT MISKIN’. Apabila anda mula mendaftar dengan skim ini bermakna anda bersetuju untuk memastikan anda menjadi CEPAT MISKIN. Semakin banyak skim ini anda sertai, semakin cepat anda mencapai taraf ‘MISKIN KEWANGAN’

    : JANGAN SESEKALI anda meminjam wang dengan along @ ceti sama ada yang ‘halal’ atau yang ‘haram’ walau anda terdesak macam mana sekalipun. Ingat !!! SEKALI anda meminjam wang dengan mereka bermakna anda bersetuju untuk ‘menggadaikan nyawa anda, keluarga dan seluruh hidup anda kepada mereka’ iaitu ibarat ‘anda menjadi tv, mereka menjadi remote control’- bila tiba masanya, anda akan ‘terpadam’.

    : Buat simpanan sekurang-kurangnya 40% daripada gaji anda dalam SEKURANG-KURANGNYA 3 AKAUN BANK di mana setiap akaun berkenaan tidak mempunyai kad ATM. Anggap simpanan ini sebagai ‘senjata hebat’ yang anda miliki untuk MELAWAN hutang, inflasi dan sama waktu dengannya. Ingat!!! Jangan amalkan prinsip ‘Sikit-sikit dalam bab menyimpan ini, pasal ia hanya akan jadi bukit’ TAPI amalkan prinsip “BANYAK-BANYAK, pasal LAMA-LAMA simpanan anda akan JADI GUNUNG”.

    Itu pasal MESTI simpan 40% daripada gaji anda, dan BUKANNYA 10%-15% daripada gaji anda. Ok… Itu jer tips kali ini. InsyaAllah… Ada masa, saya bagi lagi tips2 lain.

    Salam hebat dan luar biasa sekali tuan SK… A’KUM

  4. Pingback: Membina Dimensi Sebenar di www.shamsuddinkadir.com » Blog Archive » Tetamu SK: Rahsia Bebas Daripada Belenggu Hutang

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *