Dimulai dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Menyayangi.
1. Alif, Lam, Mim.
2. Kitab Al-Quran (tulisan Allah) ini sebenarnya tidak ada sebarang keraguan (sebagai sesuatu yang datangnya daripada Allah -Tuhan yang mencipta sekelian alam): kemudiannya ia pula menjadi pentunjuk bagi orang yang mahu mendekati Allah.
3. Iaitu golongan yang beriman kepda perkara ghaib, mengerjakan sembahyang serta mendermakan sebahagian daripada rezeki yang Kami (Tuhan) berikan kepada mereka.
4. Dan juga orang yang beriman kepada Kitab Al-Quran (buku yang ditulis oleh Allah) yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad), dan yang diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (mengetahui secara yakin dan pasti).
5. Mereka itulah (yang memenuhi sifat-sifat tersebut) yang beroleh petunjuk daripada Tuhan mereka, dan mereka itulah orang yang berjaya.
6. Sesungguhnya orang yang tidak beriman sama sahaja bagi mereka; sama ada engkau beri amaran kepada mereka atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak juga akan beriman.
7. (Dengan sebab keingkaran mereka itu), Allah mematerikan (mengunci mati) hati dan pendengaran mereka, serta pada penglihatan mereka ada penutup (sehingga mereka tidak beroleh manfaat daripada kebenaran yang sampai pada mereka); dan bagi mereka pula disediakan azab yang amat besar.
8. Di kalangan manusia ada yang berkata, “Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat,” padahal merkea sebenarnya bukan orang yang beriman.
9. Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang yang beriman (dengan berpura-pura beriman dan menyembunyikan kekufuran), padahal mereka hanya memperdaya diri mereka sendiri, tetapi mereka tidak menyedarinya.
10. Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), lalu Allah menambahkan lagi penyakit mereka (dengan menurunkan Al-Quran yang mereka ingkari itu) dan mereka pula akan beroleh azab yang pedih (lagi menyakitkan) disebabkan mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).
Akan disambung dengan bahagian 2 : Lembu Betina