Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Ya Allah sesungguhnya kami berlindung kepadaMu dari dibebanani dengan Hutang dan tekanan orang lain terhadap kami. Amin.
Tuan dan Puan yang saya muliakan, pada hari Ahad bersamaan 7 Jun 2009 tepat pukul 11.30 di Mines, Seri Kembangan akan diadakan bicara kewangan bersama Shamsuddin Kadir (SK). Kepada Tuan dan Puan yang ada masa dan ruang dan ingin turut serta dalam program bicara ilmu, di alu-alu, di jemput-jemput untuk turut serta.
Boleh bawa anak-anak, pasangan bagi menyuntikan lagi suntikan ‘dadah’ yang amat berguna iaitu menjadikan diri kita ketagih membaca buku-buku yang bermanfaat.
Sebenarnya pesta buku Read Malaysia ini sudah bermula pada 29 Mei lagi, tetapi sayangnya saya tidak dapat hadir pada setiap hari, kerana ada beberapa program yang saya perlu jayakan.
Gambar di bawah ini diambil dengan izin dari halaman penulis yang turut menjayakan acara pentas iaitu Ain Maisarah. Tarikh bicara saya yang paling terakhir sekali, iaitu pada hari terakhir.
Maklumat ini juga boleh diperolehi di dalam akbhar seperti Berita Harian bertarikh 30 Mei 2009.
Insyaa-Allah saya akan berada di sana seawal pesta ini dibuka. Insyaa-Allah kepada yang membeli buku SK akan mendapatkan autograf dengan kata-kata. Saya akan berada di booth PTS sebelum dan selepas bicara kewangan selama 1 jam.
SK juga akan membawa dua kotak bisnes kad yang akan diedarkan.
Shamsuddin Kadir
Emel: info@shamsuddinkadir.com
2 comments on “Bicara Kewangan Di Read Malaysia Mines 7 Jun 09”