Ini adalah pengalaman peribadi Shamsuddin Kadir (SK). Jika ada kelapangan Tuan dan Puan dipersilakan bagi membacanya. Ianya di atas cadangan peserta kursus yang ingin mengetahui pengalaman peribadi SK yang mencetus kepada tindakan menjauhkan berita yang tidak meningkatkan kualiti hidup.
Jika pada tahun sebelum 2003 SK kurang faham apa nikmatnya apabila tidak tahu ‘Berita’ tetapi selepas bertemu dengan salah seorang mentor iaitu Mr. Yim (International Trainer) yang juga mantan bos sewaktu SK menjadi crew syarikat kapalterbang kargo.
Beliau tidak membaca suratkhabar dan majalah, sesuatu yang pelik bagi seorang yang bertaraf ‘managing director’ bagi salah sebuah syarikat perkapalan terbesar di dunia. Beliau mengarahkan beberapa orang kakitangannya bagi membaca akhbar dan majalah dan hanya memberitahu beliau berkenaan dengan isu ataupun informasi yang beliau perlukan sahaja. Jika pada hari tersebut tiada berita ataupun informasi yang beliau ingin tahu, makan kakitangannya tidak akan memaklumkan kepadanya. Apabila informasi yang diberitahu itu menarik minatnya mengetahui lebih lanjut, beliau akan dapatkan akhbar tersebut dan hanya membaca bagi isu tersebut sahaja.
Apabila mempelajari dari beliau dan satu demi satu berita yang tidak berkenaan ditinggalkan tanpa diketahui sehingga hanya berita terpilih dan rancangan TV yang terpilih sahaja yang ditonton. Semakin banyak berita yang ditinggalkan. Semakin ramai yang berkata ‘SK ketinggalan dengan berita semasa’.
Apabila melaluinya SK merasai nikmat yang lebih baik dengan tidak mengetahui ‘berita’. Tidak dapat dinafikan adalah menjadi satu kemestian bagi SK menonton program yang meningkatkan kualiti hidup antaranya seperti bijak wang di TV3, respons RTM, Di Luar Lingkungan (Syed Munawar) dan bicara penting lain yang mampu memberikan inspirasi.
Semakin banyak ruang otak dapat dipenuhi dengan mempelajari ilmu-ilmu baru dari buku, mentor-mentor dan juga mengunakannya bagi lebih banyak ruang untuk berfikir. Berita-berita yang tidak meningkatkan kualiti hidup yang perlu dijauhkan bukan sahaja yang ada di dalam media cetak, elektronik, tetapi yang ada pada kawan, saudara mara dan juga orang di sekeliling kita.
Bagaimana untuk Tuan dan Puan yang belum merasai nikmat dengan tidak mengetahui berita? Hanya dengan mempratikkannya dengan ‘Katakan Tidak’ kepada berita yang tidak meningkatkan kualiti hidup kita.
Shamsuddin Kadir
Emel: info@shamsuddinkadir.com
2 comments on “Info SK: Nikmatnya Apabila Tidak Tahu Berita”