Menjadi satu keperluan asas utama Ultra Mind Resources sebagai pengendali latihan bagi membuat kajian tentang peserta-peserta yang telah menghadiri kursus di bawah kelolaan Ultra Mind Resources.
Majoriti peserta yang ditemui mengatakan mereka berpuas hati di atas hasil yang mereka capai apabila mempratikkan kemahiran yang dipelajari semasa sesi kursus.
Ada beberapa peserta dengan dahi berkerut memberitahu “Godaan di luar amat besar”. Di mana mereka tidak dapat melawan godaan yang ada disekeliling mereka untuk terus hidup dengan gaya hidup lama. Mereka secara asasnya, tidak mendapat manfaat dari kemahiran yang dipelajari apabila tidak mahu mempratikkannya.
Semua orang ingin kenyang, tetapi adakah ianya boleh dilakukan tanpa makan?
Begitu juga dengan kursus, setiap peserta ingin mencapai status hasil dari kemahiran yang dipelajari, tetapi yang mencapai status itu hanyalah individu yang mempratikkannya.
Apabila kita membiarkan godaan di luar itu menguasai diri kita, tiada apa yang dapat kita buat, hanya semata-mata merungut kenapa perut saya masih lapar.
Begitu juga apabila kita diberi nikmat ilmu baru yang dipelajari mungkin melalui buku ataupun halaman blog, apabila ilmu itu tidak dipratikkan kita tidak akan mendapat hasilnya selagi mana kita tidak bersedia untuk mempratikkan apa yang dipelajari.
Sehingga hari ini, bukan sahaja peserta Ultra Mind Resources mencapai kejayaan yang luarbiasa, pembaca buku-buku dan tetamu www.ShamsuddinKadir.com yang memaklumkan kepada SK, juga telah mencapai kejayaan yang jauh melepasi sempadan pemikiran normal.
Tidak ada sesiapa yang dapat mengubah diri kita hanyalah diri kita sendiri.
Shamsuddin Kadir
Trainer & Author
Ultra Mind Resources
Tel: 03 4142 5300 Fax: 03 4142 7300
Emel: info@shamsuddinkadir.com
1 comments on “Peserta SK: Godaan Di Luar Amat Besar”