Sejak dari kenaikan minyak yang di umumkan beberapa hari lalu, di mana sahaja terdengar perbualan para pekerja sama ada di kedai kopi, stesyen komuter, di pasar raya, membicarakan tentang implikasi kenaikan petrol ke atas gaya hidup mereka sekeluarga.
Ramai yang rungsing dengan kenaikan harga barangan yang dijangka akan berlaku pada bila-bila masa sahaja. Impak yang paling kuat adalah tahap tekanan yang perlu dihadapi oleh setiap wargakerja yang hidup dengan membelanjakan 100% dari duit gaji setiap bulan. Ini bermakna mereka tidak ada duit simpanan. Apabila kenaikan kos minyak yang akan meningkatkan lagi pelbagai barangan lain, memberikan mereka ruang bagi menangung hutang yang tidak berbayar (hutang yang tidak dapat dijelaskan).
Pekerja yang sudah biasa membeli barangan di luar kemampuan adalah di antara individu yang akan menerima kesan awal. Ini berlaku apabila jumlah bagi tidak berbayar bagi setiap hutang kad kredit dan skim ansuran mudah meningkat..
Jika anda seorang pengguna kad kredit pastikan jumlah yang dibelanjakan di dalam kad kredit adalah tidak melebihi apa yang anda telah peruntukan dalam senarai perbelanjaan bulanan.
Jika anda tidak dapat menurunkan kos perbelanjaan bulanan kepada 70%, ianya bakal menimbulkan tekanan apabila anda terpaksa hidup ibarat ‘Kais bulan makan bulan’. Fikiran senantiasa memikirkan tentang bebanan hutang, anda menjadi semakin stres, fokus kepada pekerjaan akan turun, ini sudah pasti menurunkan prestasi anda.
Bagi pencegahan yang efektif, senaraikan semula semua perbelanjaan bulanan dan lihat di tangga mana anda sedang berada. Adakah anda seorang yang berbelanja di bawah 70% ataupun melebihi 100% daripada wang gaji yang diterima? Lihat jenis sabun yang kita gunakan, jenama-jenama yang kita gunakan, adakah ianya berbaloi untuk dikekalkan ataupun perlu ditukar kepada jenama yang lebih murah tetapi dalam kualiti yang kita perlukan.
Mengikut kajian yang saya lakukan terutama kepada peserta saya, majoriti daripada menyatakan, bahawa mereka tidak dapat fokus dalam tugasan yang dipertanggungjawabkan. Ini kerana minda mereka asyik memikir bagaimana untuk mencari duit lebih dan bagaimana mereka dapat menjelaskan hutang-hutang itu.
Kos minyak di jangka akan meningkat kepada AS$ 200 berbanding AS$135 setong pada waktu kini. Bayangkan apa yang berlaku pada anda apabila harga petrol meningkat sebanyak 48% apabila ianya meningkat AS$200 setong dalam masa 24 bulan?
Membina Dimensi Sebenar!
3 comments on “Prestasi Pekerja Kerajaan dan Swasta Menurun?”