Di Planet Mana Kita Berada?

Setiap manusia yang dilahirkan tinggal di bumi ini secara umumnya. Apabila kita memandang seseorang itu secara 1 dimensi, kita hanya dapat melihat semua manusia itu berada di sebuah planet yang sama iaitu bumi. Apa yang membezakan kita hanya lokasi daerah, negeri ataupun negara tempat kita tinggal.

Apabila kita melihat dengan mengunakan 2 dimensi, kita dapat lihat bahawa rupanya terdapat perbezaan di mana sebahagian manusia mendiami planet lain yang turut berada di dalam bumi ini. Contoh boleh di lihat dari senario di bawah :

  • Di sini kita dapat melihat kenapa sebahagian dari manusia suka menonton perlawanan bola, sejak dari kecil sehingga mereka mati.  Mereka sanggup bangun pukul 3 pagi semata-mata untuk tidak melepaskan peluang menonton bola. Semua nama permain dihafal, diingati, bilangan bola yang dijaringkan diingati siapakah yang menjaringkannya. Nama-nama stadium dunia di hafal, kelab mana yang menenangi perlawanan pada setiap liga ataupun tahun dihafal sebaik mungkin. Berpuluh-puluh ribu penonton datang menonton secara live di stadium.

 

  • Sebahagian lagi kumpulan individu tidak suka menonton perlawanan bola sepak, mereka tidak mahu melihat perlawanan kerana tidak nampak kebaikan yang mereka boleh perolehi dengan mengunakan masa menonton perlawanan itu. Mereka tidak faham kenapa adanya 11 orang pemain berebut rebut dengan pemain lawan yang berjumlah 11 orang juga, merebut-rebut sebuah bola. Baginya mereka masih dikurniakan dengan kemudahan bagi membeli bola seorang satu untuk dirinya dan ahli keluarganya dan tidak perlu berebut-rebut. Mereka tidak menghafal, ataupun mengambil tahu tentang bola.

Jika kita melihat kedua-dua kumpulan ini tetap hidup, cuma ada yang membezakan mereka.

Bagaimana kumpulan yang tidak suka menonton perlawanan bola sepak menghabiskan masa yang juga diperuntukkan kepada mereka iaitu 24 jam sehari?

  • Ada sekumpulan individu mewajibkan diri bagi menghisap rokok sebagai keperluan hidup. Setiap hari sebahagian dari duit digunakan bagi membeli rokok-rokok bagi memenuhi keperluan hidup.

 

  • Manakala satu lagi kumpulan dapat menjalani hidup secara normal seperti orang lain, walaupun tidak merokok. Persoalaan untuk apa mereka habiskan masa yang tidak diperuntukkan untuk merokok? Di manakah mereka membelanjakan duit yang tidak diperuntukkan untuk membeli rokok?

 

 Satu lagi contoh yang kita boleh kaji adalah seperti berikut:

  • Sekumpulan individu mengunakan majoriti masanya selain dari bekerja adalah untuk menonton tv dan movie.

 

  • Sekumpulan individu lain mengunakan majoriti masanya selain dari bekerja adalah untuk membaca buku.

Adakah taraf kehidupan dan kualiti hidup kedua-dua individu dari kumpulan yang berlainan adalah sama?

Mengikut sebuah kajian, mereka sebenarnya tidak sama, semakin banyak seseorang individu itu mementingkan kualiti hidup, mereka sebenarnya berhijrah dari sebuah planet kepada sebuah planet yang lain. Walaupun secara fizikalnya kita tinggal di bumi yang sama, tindakan kita berbeza walaupun menghadapi situasi yang sama. Contohnya, apabila kita membeli sebuah kereta. Kita mungkin tidak membelanjakan duit bagi mengubahsuai kereta bagi memastikan kita dapat sampai ke destinasi B. Sebaliknya bagi individu lain, adalah satu kemestian bagi mengubahsuai kereta. Kenapa ianya berlaku? Kerana kedua-duanya tidak hidup di planet yang sama.

Apabila kita melihat dengan mengunakan 3 dimensi, kita melihat di dalam banyak-banyak planet yang ada itu planet mana yang memiliki keperluan bagi membawa manusia jalan pulang kepada Allah.

1 comments on “Di Planet Mana Kita Berada?”

  1. Ibrahim Reply

    Salam Tuan SK,
    Laman ini makin lama makin bagus. Syukur. Saya harap tuan meneruskan usaha mendidik khalayak ramai. Satu cara ialah muncul lebih kerap di TV, dan lebih bagus jika ada slot sendiri seprti Azizi ali di TV3. Ini kerana ada golongan masyrakat kita yang tak berminat layari blog seperti ini, tapi mereka menonton apa saja di TV. Kita perlukan banyak rancangan TV berkualiti, bukan yang terpekik lolong sahaja yang makin banyak di hampir semua TV.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *