Harga Petrol Naik Kos Sara Hidup Naik!

Harga petrol meningkat kepada RM 2.70 bagi setiap liter mulai esok 5 Jun 2008. Jumlah kenaikan adalah 40% berbanding harga lama iaitu RM1.92 seliter. Ini bermakna, bagi  setiap RM 100 yang kita belanjakan untuk petrol pada bulan sebelum ini, akan meningkat kepada RM140. Jika peruntukan petrol bulanan anda pada bulan sebelum ini adalah RM 300, maka ianya meningkat kepada RM 420 mulai bulan Julai 2008. Kos tambahan ini dapat dibendung dengan mengurangkan pengunaan kereta tersebut, sama ada mengurangkan bilangan trip ‘makan angin’ ataupun jarak perjalanan.

Jika sebelum ini senarai kos sara hidup bulanan adalah 70% daripada gaji bersih yang anda terima, kini anda terpaksa membelanjakan melebihi daripada 70% daripada gaji anda. Ini menunjukkan anda sudah berbelanja di luar kemampuan anda. Sama ada anda meningkatkan pendapatan ataupun mengurangkan kos perbelanjaan bulanan. Kenaikan petrol sudah pasti merimaskan anda, jika setiap bulan anda membelanjakan sepenuhnya jumlah 70% yang anda boleh membelanjakan.

Perlu diingatkan kadar elektrik juga dinaikkan kepaa 18% daripada kadar sedia ada. Ini bermakna, secara kasarnya kos elektrik anda meningkat sebanyak RM18 bagi setiap RM 100 yang anda belanjakan.

Awasi senarai kos bulanan anda, semak semula, buat anggaran kos yang bakal ada tanggung setiap bulan mulai bulan Jun ini. Adakah jumlah tersebut melebihi 70% daripada gaji bersih yang anda terima? Jika lebih, apakah kos yang dapat anda kurangkan, ataupun bagaimana anda dapat mengurangkan pengunaan kos barangan tersebut?

Ketika ini ramai pemilik kereta beratur di stesyen minyak diseluruh negara bagi mendapatkan penjimatan sebanyak 40%. Ada stesyen minyak dilapurkan sudah kehabisan minyak beberapa jam sebelum harga baru yang akan bermula tidak sampai 3 jam dari sekarang.

Kepada yang mengunakan kad kredit mungkin tidak begitu merasakan kesannya, tetapi awas, ianya mampu memberikan tekanan apabila baki penyata kad kredit semakin membesar.

Kepada para pembaca dan pelawat : Apakah kesan kenaikan minyak itu kepada anda dan apakah langkah yang anda ingin lakukan bagi menghadapi kenaikan kos petrol itu?

www.shamsuddinkadir.com

Membina Dimensi Sebenar!

3 comments on “Harga Petrol Naik Kos Sara Hidup Naik!”

  1. Zulkifli Bin Ismail Reply

    Assalamualaikum En shamsuddin,

    Saya bekerja sebagai seorang Juruteknik di sebuah syarikat multinational, dan saya hanya berkelulusan sijil teknikal sahaja. persoalan saya

    1) Kalau nak diikutkan gaji saya tidak termasuk ot memang tidak cukup nak bayar rumah lagi, kereta lagi, bil-bil, minyak dll. Jadi saya tengah memikirkan satu cara untuk menambah pendapatan saya iaitu dengan menjadi seorang agen insurans. Saya baru menyertai pada bulan march 2008 jadi saya tidak tahu nak memulakan di mana samada produk, nak tackle pelanggan dan banyak lagi. Harap SK dapat memberi panduan sedikit?

    2) Bagaimana cara yang baik dan selamat untuk mengatsai kebimbangan saya ini sebab 55 peratus gaji saya bergantung pada ot sahaja. harap SK dapat memberi panduan kepada saya.

    Wassalam

  2. Naim Reply

    Ya.

    Setuju sangat dengan saranan tuan SAK.

    Sememangnya setiap orang gelisah dan tertekan dengan situasi ini.

  3. Kart Reply

    Assalamualaikum Tuan,

    Hari khamis lepas saya ada menonton MHI di TV3, mengenai Topik Kewangan oleh AKPK.

    AKPK menasihati semua agar berhati-hati dan bercermat dalam perbelanjaan memandangkan harga barangan semakin naik. Terutama kepada pengguna-pengguna kad kredit janganlah memaksimumkan penggunaan kad tersebut. Jangan jadikan kad kredit sebagai perangkap kewangan kita.

    Jika kita telah terperangkap hutang yang maksimum dan kita buntu untuk menyelesaikannya, hubungilah AKPK dan minta nasihat agensi tersebut, mereka bersedia membantu.

    Saya bersyukur dan bernasib baik kerana buku pertama Tuan Sham telah berjaya menyedarkan saya. Terima kasih Tuan Sham. Saya dan orang ramai amat berharap dan gembira sekiranya Tuan Sham dapat menyambung topik kewangan ini atau topik-topik berkaitan kewangan dalam MHI nanti. Idea atau tip-tip ataupun nasihat dari Pakar Kewangan seperti Tuan Sham amat diperlukan oleh kami semua.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *