Saya menerima sms pada pagi ini, tentang isu kakitangan kerajaan mengelabah di Putrajaya. Penghantar memaklumkan beliau telah menghantar informasi lengkap ke shamsuddinkadir@yahoo.com
Assalamualaikum Sham,
Pagi ini di ofis saya, ramai pegawai dan kakitangan bising dan gelabah sebab gaji yang sepatutnya masuk hari ini tidak masuk. Ramai yang hampa.
Betullah pandangan Sham, kita perlu ada wang simpanan. Saya bernasib baik kerana mengikut nasihat Sham, jadi tak lah saya gelabah.
Terima kasih
Suhaila (Bukan nama sebenar)
Kakitangan kerajaan, Putrajaya
Nota Sham : Perkara ini bukan baru berlaku pada hari ini, tetapi sejak manusia mula menceburi dunia pekerjaan. Apabila seorang pekerja membelanjakan semua duit gaji pada setiap bulan, dia tidak dapat menerima impak apabila gaji seterusnya tidak diterima pada waktu yang sepatutnya.
Ukur baju di badan sendiri bukannya bermakna, kita perlu membelanjakan semua duit gaji pada setiap bulan. Ianya bermaksud, berbelanja dengan tidak melebihi 70% daripada gaji yang diterima pada setiap bulan.
Perbelanjaan kita biasanya melebihi daripada 70% apabila kita membiarkan orang lain iaitu seperti bank bagi menentukan gaya hidup kita. Tindakan ini akan membebankan kita apabila setiap bulan kita membelanjakan hampir ataupun melebihi separuh daripada duit gaji untuk membayar ansuran. Pelbagai ansuran yang kita tanggung, ansuran kereta, rumah, kad kredit, skim ansuran mudah, ansuran pinjaman peribadi…
Masalah ini adalah masalah ‘sulit’ yang kebanyakan kakitangan tidak dapat menyelesaikannya dengan hanya berdiam diri. Masalah sulit ini di antara penyebab utama kenapa prestasi kakitangan atasan dan bawahan menurun.
Membina Dimensi Sebenar!
3 comments on “Kakitangan Gelabah…Gaji Belum Masuk Hari Ini”