Adakah sedekah atau bantuan yang dihulurkan hanya untuk yang benar-benar memerlukan? Ataupun untuk sesiapa yang meminta?
Apabila orang datang meminta dari kita, sama ada yang meminta adalah seorang yang :
1. Buta
2. Cacat anggota badan
3. Bisu
4. Pekak
5. Miskin
6. Fakir
7. Duit mereka telah diragut
8. Sempurna dari segi fizikal dan mental
Mereka layak menerima bantuan dari kita apabila kita melihat mereka yang meminta itu dari dua sudut mata hati, iaitu :
- Allah masih memberikan kita nikmat menjadi orang senang yang tidak perlu meminta-minta. Sehingga ke saat ini, kita tidak perlu meminta-minta dari orang lain. Itu satu dari nikmat yang Allah masih kurniakan kepada kita.
- Kita masih bernyawa. Ini kerana, orang yang meminta sama ada duit ataupun bantuan hanya meminta dari orang yang masih bernyawa. Tidak ada seorang pun akan datang meminta bantuan dari kita jika hanya jasad kita yang masih berdiri tetapi roh kita sudah diambil oleh Allah. Ini satu lagi nikmat yang Allah masih beri kepada kita, bahawasanya kita masih hidup. Syukur Alhamdulilah di atas nikmat yang Allah belum tarik ini.
Apabila kita melihat dari mata hati, Insyaa-Allah tidak boleh bagi sepuluh ringgit, RM 5 sebagai ganti. Jika RM 5 sesuatu yang kita tidak mampu, RM 1 menjadi pelaburan yang kekal abadi di dunia dan diakhirat. Jika ketika duit tidak mengizinkan, Insyaa-Allah RM 0.50 masih tidak mampu menjadikan kita kaya tanpa menghadiahkan kepada yang meminta.
Alhamdulilah, kita masih hidup sehingga ke saat ini, semoga setiap tabiat kita yang mensyukuri nikmat Allah itu diterima dengan penuh keredhaanNya.
Shamsuddin Kadir
Trainer & Writer
Ultra Mind Resources
2 comments on “Sedekah Untuk Yang Terpilih Sahaja?”