Insyaa-Allah Bengkel berhijrah dari Makan Gaji akan dibawa ke Johor pada 31 Mei 2009. Anjuran seorang dari peserta bengkel saya yang terdahulu.
Insyaa-Allah saya akan menghubungi Tuan Hasrizal bagi mendapatkan maklumat lengkap. Insyaa-Allah saya akan bertolak pada 29 Mei ke Johor Bharu kerana ada program lain pada 30 Mei sebelum berlepas ke Kluang pada petang 30 Mei nanti. Antara negeri yang memiliki rakyat yang aktif menghadiri bengkel-bengkel adalah negeri Johor. Itu antara sebab kenapa bengkel di luar lembah Klang di bawa ke Johor terlebih dahulu, bagi menyokong sumbangan sebahagian rakyat Johor bagi membanyakkan lagi usahawan-usahawan baru.
1 comments on “Bengkel Berhijrah Dari Makan Gaji Di Johor”