Pada hari Rabu 29 April yang lalu SK menghadiri satu program yang dianjurkan oleh Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivator Muslim Malaysia (TAMRIN) yang bertajuk “Menjaga Hubungan Dengan Pegawai Latihan”. Wakil TAMRIN yang menguruskan bengkel ini adalah Tuan Osman Affan selaku Bendahari TAMRIN dan Shamsuddin Kadir (SK) selaku Timbalan Bendahari TAMRIN.
Bengkel separuh hari ini bermula pada pukul 2.30 petang dan berakhir pada pukul 4.35 petang. Ianya dihadiri lebih kurang 30 orang perserta.
Ilmu yang diajar sangat bermanfaat bagi memastikan hubungan yang baik sentiasa terjalin di antara kita sebagai trainer dan pegawai latihan. Jika ditanya berapa bintang untuk bengkel ini dari segi pengisian ilmu adalah ***** (5 bintang).
Pada kali ini kita menjemput Puan Ainon Mohd, yang ada pengalaman luas dalam bidang latihan selama lebih 14 tahun. Beliau juga adalah pengerusi penerbit PTS yang menerbitkan semua buku SK pada ketika ini. Beliau juga adalah merupakan seorang dari sifu saya dalam memberi nasihat dalam bidang latihan dan penulisan sejak 2006.
Antara rakan trainer yang hadir :
1. Puan Norlela Zubir dari Melaka
2. Tuan Zamri Mohamad
3. Tuan Zamri (Mari Mengaji TV9)
4. Tuan Hazali (Waiz Malaysia.com) Seorang dari sifu saya
dan banyak lagi.
Insyaa-Allah bulan Mei kita akan adakan lagi, tetapi saya tidak pasti saya dapat hadir, kerana mulai 23 sehingga 27 haribulan saya akan berada di Sabah bagi menjalankan training untuk kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Sabah.
Shamsuddin Kadir
Emel: info@shamsuddinkadir.com
1 comments on “Diari SK: Bengkel Tamrin Untuk Trainer”