Tertekan Kerana Tiada Kad Kredit

Shamsuddin Kadir (SK) hanya menunggu peluang bagi mendapatkan slot bagi membicarakan tentang sebahagian individu istemewa yang tidak memiliki kad kredit tetapi merasa tertekan kerana tidak ada kad hutang itu.

Walaupun secara rasminya ianya dipanggil kad kredit, itu hanya topengnya sahaja, jika dibuang topeng itu, wajah sebenar kad kredit itu akan terpamer. Ianya sebenarnya tabung hutang, tabung bagi menyimpan hutang.

Ada individu yang sedang hidup bahagia, tenang dan berduit, sedang tertekan. Mereka sedang menghadapi satu dilema.

Mereka tertekan kerana tidak mengikuti trend semasa di negara ini iaitu berbelanja secara berhutang melalui bantuan kad hutang.

Selama ini mereka sudah hidup ada yang sampai berpuluh-puluh tahun dengan hanya bergantung kepada duit tunai dan kad ATM bagi mencapai kepuasaan dan keperluan hidup. Mereka tidak pernah menghadapi tekanan menangung hutang yang tidak perlu. Mereka tidak perlu mengambil pinjaman peribadi untuk menutup hutang kad hutang.

Selama ini mereka hidup gembira, tenang dan berduit sepanjang masa, mereka tidak merasa susah ataupun tidak selesa kerana tidak memiliki kad kredit untuk berbelanja.

Mereka hanya memikirkan adakah mereka termasuk dalam kumpulan individu yang tidak ingin kemajuan dengan tidak mengikut trend hidup berbelanja dengan berhutang.

Kad hutang bukannya sesuatu yang perlu dimiliki bagi menunjukkan kita mengikuti perkembangan semasa.

Teruskan hidup tenang dan gembira dengan tidak mengunakan dan memiliki kad hutang, Tuan & Puan sebenarnya orang yang Insyaa-Allah tenang di Dunia dan Akhirat.

Shamsuddin Kadir

Trainer & Writer

Ultra Mind Resources

Tel: 03 4142 5300 Fax: 03 4142 7300

Emel: info@shamsuddinkadir.com

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *