Sehingga ke hari ini, dari maklum balas secara bertulis dan bicara, kad hutang telah merompak banyak individu yang baik tanpa belas kasihan. Mereka terpaksa hidup menangung bebanan hutang yang melampau, semakin hari semakin naik jumlah baki kad hutang yang belum di bayar. Ada yang terpaksa menjual aset lain bagi menjelaskan hutang mereka. Itu adalah satu dari tindakan yang bagus.
Ada juga yang mengali lubang lain dengan membuat pinjaman lain, sama ada melalui pinjaman peribadi ataupun ‘balance transfer’. Berhati-hati dengan perangkap pindahan baki.
Kad hutang hanya membantu kita berhutang, bertepatan dengan namanya, walaupun pihak pengeluar kad hutang bijak dengan memangilnya dengan nama yang ada ‘class’ iaitu KAD KREDIT.
Kad hutang ini bertujuan membantu individu yang tidak memiliki duit yang cukup tetapi ada nafsu berbelanja yang tinggi dan besar. Nafsu itu dapat dilayan dan dipuaskan dengan membeli setiap apa yang dinginkan selagi jumlah had kredit belum habis digunakan.
Bila kita telah berberlanja mencecah had, timbul idea baru dalam otak, bagi mendapatkan satu lagi kad kredit, tetapi kali ini dari bank lain dan dengan jumlah had kredit yang lebih besar.
Halaman www.ShamsuddinKadir.com 100% menyokong individu mengunakan KAD BERDUIT (Kad Debit / Kad ATM) secara sepenuhnya dalam kehidupan.
Hanya Kad Debit yang membuatkan kita tenang di dunia dan di alam Barzakh. Kad Hutang hanya mengundang mala petaka di mana sahaja kita berada.
Kad BERDUIT (Kad Debit) membuat kita tersenyum ketika membelanjakannya, kerana kita tahu duit yang dibelanjakan itu adalah duit kita dan kita tidak perlu membayar balik kepada sesiapa lagi.
Kad BERDUIT sudah diterima pakai di banyak tempat bagi membuat pembayaran seperti di Stesyen Minyak, Shopping Centre dan banyak lagi.
2 comments on “Kad Hutang Merompak Tanpa Belas Kasihan”