Alhamdulillah (syukur kepada Allah), esok 22 April SK akan menjayakan kursus Berhijrah Menjadi Usahawan Senang untuk Atlit di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil. Seramai 30 peserta akan mengambil bahagian sebagai batch pertama yang menjadi perintis dalam melahirkan atlit yang bebas belenggu kemiskinan apabila mereka bersara nanti.
Sehingga ini, kita hanya dapat lihat beberapa atlit sahaja yang bersara dengan hidup senang tanpa perlu berhadapan dengan masalah ketiadaan sumber pendapatan selepas meninggalkan lapangan sukan.
Terima kasih di atas cadangan Puan Nurrul Huda yang peka di atas keperluan atlit selaku pegawai yang menjaga hal ehwal kaunselling atlit.
Terima kasih juga kepada Puan Zaiton Othman selaku Pengarah Hal Ehwal Atlit yang peka tentang keperluan atlit dan mengambil berat hala tuju setiap atlitnya secara jangka panjang.
Ini adalah jemputan yang keempat oleh Majlis Sukan Negara Malaysia bagi menjayakan ceramah dan kursus di Majlis Sukan Negara.