Salam ceria di pagi Rabu,
Semalam sewaktu saya berkunjung di sebuah pasaraya, saya mendapati ada seorang budak berusia sekitar 5 tahun sedang menangis di luar kaunter pembayaran. Ibunya sedang mendokong budak tersebut sambil membawanya ke tempat mainan percuma yang dihidupkan oleh kuasa elektrik.
Tindakan ibunya itu tidak mampu meredakan tangisan budak tersebut. Tangisannya diselang seli dengan satu permintaan yang belum ditunaikan oleh ibunya. “Saya hendak Power Ranger, saya hendak Power Ranger, Power Ranger…”
Kini anaknya bersikap dengan lebih aktif dengan duduk di atas lantai pasaraya tersebut. Ibunya masih tidak berbuat apa, cuma menyuruhnya bangun. Anaknya mengunakan pelan ‘B’ iaitu meniarap di atas lantai, ini yang menyebabkan ibunya mengeluarkan sesuatu daripada beg tangannya. Dalam beberapa saat saya dapati ibunya mengeluarkan satu pisau kecil yang boleh dilipatkan dan mendekati anaknya itu. Ibunya seolah-olah mengugut anaknya supaya bangun. Anaknya masih berkeras tidak ingin bangun sambil berkata “Saya hendak Power Ranger”.
Akhirnya Ibunya mendokong anaknya itu dan di bawa keluar daripada kawasan kaunter pembayaran.
***
Persoalan pertama : Apakah yang menyebabkan anaknya itu bertindak sedemikian?
Persoalan kedua : Adakah ibunya menyediakan pisau kecil di dalam beg tangannya itu bagi mengugut ataupun menakutkan anaknya apabila dia tidak mampu mengawal kelakuan anaknya itu ?
Apakah tindakan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh ibu itu?
Apakah tindakan untuk mengelakkan kejadian itu berlaku lagi?
Apakah kaedah pembelajaran yang perlu diajar kepada kanak-kanak tentang adab-adab masuk ke pasaraya?
Saya menjemput semua pelawat blog ini untuk memberikan pandangan, cadangan supaya tiada lagi masalah sebegini yang kita akan lihat di pasaraya. Taipkan cadangan saudara/i di ruangan komen yang disediakan di bawah. (Bagi pelawat baru, komen saudara/i hanya akan muncul di blog selepas ianya diluluskan)
Membina Dimensi Sebenar Anda!
12 comments on “Saya Hendak Power Ranger!”