Ada di antara pengendali saham amanah melabur di dalam 80 hingga 120 kaunter saham. Saham amanah tidak bergantung sepenuhnya kepada nilai semasa 1 kaunter saham tetapi lebih kurang 100 saham dari pelbagai kaunter. Ini dilakukan bagi memastikan risikonya berada pada tahap minimun berbanding jika anda melabur dengan hanya membeli beberapa saham yang berlainan kaunter.
‘Jangan letakkan semua telur dalam satu bakul’ konsep ini yang diterapkan oleh pengendali saham amanah yang ingin memberikan kepuasaan maksimun terhadap pelabur.
Melabur di dalam saham amanah memberikan banyak kelebihan, di mana anda tidak perlu mengawasi secara harian turun naik pasaran saham. Semuanya boleh dilakukan oleh agen anda yang akan menasihati anda dari masa ke semasa.
Terdapat dua cara untuk anda melabur dalam saham amanah, iaitu sama ada mengunakan duit tunai ataupun melalui duit KWSP.
Anda dikenakan dengan caj yang di antara 5 – 7 % bagi pelaburan dengan wang tunai. Manakala anda dikenakan sebanyak 3% apabila melabur mengunakan wang KWSP. Ini bermakna setiap RM 1,000 yang anda laburkan, anda dikenakan caj sebanyak RM 30 hingga RM70.
Harga satu unit bagi saham amanah bergantung kepada pengendalinya. Antara harga yang dijual bagi setiap unit ketika ianya dilancarkan antaranya adalah RM0.25, RM0.50 dan RM1.
Biasanya pengendali saham amanah akan membuka untuk jualan selama dalam satu tempoh yang diumumkan. Apabila tempoh berkenaan tamat, maka saham itu akan diurusniagakan. Harga akan ditentukan oleh pasaran. Jika anda ingin membeli selepas tawaran ditutup, harganya mungkin tidak lagi sama ketika ianya ditawarkan.
Bagi mendapatkan informasi terkini, boleh dapatkan di akhbar-akhbar tempatan seperti di Utusan Malaysia.
Akan disambung…
Membina Dimensi Sebenar Anda!
3 comments on “Saham Amanah @ Unit Trust – Bahagian 2”