Assalamualaikum,
Apa khabar Tn Sham? Buat pengetahuan Tuan, saya sebenarnya baru sahaja menghabiskan bacaan saya untuk buku Tuan yang bertajuk “Makan Gaji Tetapi Kaya’. Pertama kali melihat buku tersebut di Popular, saya begitu teruja untuk membacanya. Oh ya tetapi sebelum itu, saya ingin memperkenalkan diri saya sebagai Anis (Bukan nama sebenar) dan berumur 22 tahun. Saya telah pun setahun menamatkan pengajian saya dalam pengurusan Perniagaan dan selama setahun juga saya telah bekerja ‘makan gaji’ sebagai branch administrator di sebuah syarikat swasta di Johor.
Pada mulanya, saya amat menyukai kerja ini, maklumlah kerja pertama. Saya memang tidak pernah berkira dengan kerja. Bagi saya, kerja itu satu kepuasan dan sememangnya saya ingin sekali menjadi rakan kongsi seperti yang Tuan nyatakan dalam buku Tuan itu. Tetapi, hampir setahun bekerja, saya mula berasa bosan yang amat kerana saya seakan sudah tidak ada kerja lagi melainkan menjadi kuli kepada rakan-rakan sekerja.
Buat pengetahuan Tuan, kerja saya ini sememangnya tidak mempunyai job description yang specific. Kebanyakannya ialah ‘To ensure cleanliness, to ensure event run smoothly’ dan banyak lagi ayat yang bermula dengan to ensure. Jadi, semenjak dua menjak ini, aktiviti saya di pejabat seakan tidak ada. Tambahan pula, major business syarikat ini ialah sales. Selepas pukul sebelas pagi (lebih kurang) semua sales rep akan lesap dan tinggallah saya terkontang kanting sendirian (kadang- kadang bersama bos).
Semangat dan motivasi saya mula menurun dan menyebabkan saya rasa perlunya saya melakukan sesuatu yang lain bagi menjana otak saya ini kembali bekerja.
Persoalan saya ialah:
1) Adakah saya perlu berhenti kerja dan mencari kerja lain yang lebih memerlukan tenaga saya? (buat pengetahuan tuan, saya amat menyukai syarikat ini kerana ia adalah syarikat multinational, mempunyai benefit yang baik, bonus yang tinggi, trip keluar Negara, dan gaji yang agak baik. (Jawapan Sham : Cuba mohon pertukaran di bahagian lain di syarikat tersebut. Beri sebab untuk meningkatkan kemahiran dan penguasaan dalam mengurus tugas dengan lebih efektif. Ataupun Anis boleh memohon untuk menjadi salah seorang daripada Sales untuk memastikan suasana pekerjaan senantiasa mencabar. Bekerja sebagai jurujual amat mencabar dan dapat memberikan kepuasaan, kemahiran dan menambahkan lagi network kepada kita.
2) Pada pendapat Tuan, apakah perkara yang patut saya lakukan untuk menambahkan pendapatan saya ? (Jawapan Sham : Sambung belajar secara separuh masa di universiti berhampiran ataupun melalui program jarak jauh. Fikirkan bagaimana untuk kembangkan perniagaan majikan ini menjadi 25% lebih besar daripada sekarang. Saya tidak dapat memberikan cadangan terbaik, kerana saya tidak dapat melihat situasi sebenar di tempat Anis bekerja dan kemampuan Anis. Apa yang Anis boleh lakukan, adalah dengan mengkaji keupayaan diri dan berfikir secara kreatif supaya menemukan idea bagi meningkatkan lagi pendapatan Anis.)
3) Mengikut buku Tuan, kita mungkin boleh menjadi part time lecturer, tapi untuk orang setahun jagung seperti saya ini, adakah kolej yang sudi mengambil untuk dijadikan part time lecturer mereka? (Jawapan Sham: Anis telah memohon ataupun belum lagi? Jangan memberi penghakiman sebelum anda membuat sesuatu. Contohnya, Jika kita ingin berniaga jual goreng pisang, elakkan daripada berkata, ‘Nanti tiada orang ingin membelinya’. Sebelum pecah ruyung, macam mana hendak dapat sagunya. Sebelum Anis mencuba jangan berkata ‘tidak boleh’. Contoh pensyarah itu adalah salah satu cadangan sahaja. Lihat apa yang bersesuaian dengan kelayakan kita. Saya percaya Anis layak sekurang-kurangnya untuk menjadi Tutor (adik kepada lecturer).
4) Adakah punca sebenarnya kerana saya berada di Johor dan peluang pun tidak banyak? (Jawapan Sham : Tidak. Di mana kita berada tidak menjadi banyak halangan. Yang penting, kebijakan kita mencipta peluang. Ya, dari tiada menjadi ADA.
5) Apakah ciri2 perniagaan MLM yang benar? ( buat pengetahuan tuan, saya pernah tertipu dengan perniagaan begini semasa zaman belajar dahulu. Hampir beratus duit saya hangus begitu sahaja). (Jawapan Sham : Mohon maaf, ini di luar bidang dan kemampuan saya. Anis boleh mendapatkan daripada orang yang berpengalaman ataupun rujuk kepada buku-buku yang berkenaan.)
6) Semalam saya ternampak, satu iklan di tepi jalan semasa saya menunggu traffic light bertukar hijau. “Perniagaan yang menguntungkan. Hanya perlukan modal sebanyk RM 40.00 sahaja untuk menjana pendapatan sebanyak RM 5000.00” Boleh percaya ke? (Jawapan Sham : Ini juga di luar bidang dan kemampuan saya, cuma nasihat saya, berhati-hati dengan ‘Skim Cepat Kaya versi moden’. Anis boleh rujuk kepada Bank Negara dan sebagainya.
7) Dalam buku Tuan, banyak berkisah tentang orang yang sudah berpendapatan tinggi (RM 3000 ke atas dan sudah lama bekerja. Bagaimana dengan pekerja seperti saya yang sudah lah baru setahun jagung bekarja, gaji pula tidak sampai 3,000. Di mana saya nak carik duit untuk memulakan perniagaan hartanah yang memerlukan modal yang tidak sedikit itu? (Jawapan Sham : Mungkin berlaku sedikit kekeliruan, Sehingga kini, buku saya itu ditulis berdasarkan sumber rujukan dari pekerja yang bergaji di bawah RM 1,000 dan sehingga orang yang mendapat pendapatan melebihi RM10,000 sebulan. Salah satu contoh RM3,000 yang digunakan adalah untuk memudahkan bagi pekerja yang pendapatan diri dan pasangannya hanya RM3,000 sebulan. Dapatkan buku ‘Buat Duit dengan Rumah” yang akan berada di pasaran pada bulan Jun 2008 nanti. Anis akan dapati melabur dalam rumah tidak memerlukan modal besar dan Anis juga boleh melabur tanpa mengeluarkan duit muka untuk rumah. Semuanya diterangkan di dalam buku tersebut.
8) Saya berminat juga dengan cadangan Tuan tentang menulis rencana/ artikel atau buku bagi menjana pendapatan tambahan, tapi saya tidak tahu di mana saya perlu mula. Lagi pula, buku apa yang perlu saya tulis, Untik menulis buku non fiksyen seperti Tuan, pengalaman yang diperlukan bukanlah sedikit. Saya rasa mustahil untuk menulis buku begitu. (Jawapan Sham : Ini adalah salah satu peluang yang Anis boleh gunakan untuk menambahkan pendapatan. Anis boleh mempelajarinya dengan mendapatkan buku ‘Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas’ yang ditulis oleh Tuan Zamri Mohamad. Insyaa-Allah buku ini dapat memberikan panduan kepada Anis dalam mengasah bakat yang ada.
Maaf lah, kerana email saya yang agak panjang ini, tapi saya amat menghargai sekiranya Tuan sudi membalas dan berkongsi pendapat dan pengalaman dengan saya. (Jawapan Sham : Emel ini mengandungi informasi yang jelas dan lengkap, mudah untuk saya memberikan pandangan. Bagi meningkatkan penguasaan ilmu, idea dan kemahiran, dapatkan buku ‘Hidup Tenang Walaupun Berhutang, Kaya Dengan Rumah dan Buat Duit dengan Rumah’.)
Regards,
Anis, Johor
Nota Sham :
Kepada Anis, sila maklumkan kepada saya, jika saudari ada sebarang pertanyaan lagi.
Pingback: Membina Dimensi Sebenar di www.shamsuddinkadir.com » Blog Archive » Sepupu SK : Hasil Dari Membaca Buku Makan Gaji Tetapi Kaya