Saham dan Saham Amanah!
Apabila anda membeli secara langsung 1 lot saham yang diurusniagakan di Bursa Malaysia, anda sebenarnya membeli saham sebuah syarikat.
Apabila anda membeli saham amanah, anda sebenarnya membeli sekumpulan saham-saham daripada pelbagai syarikat yang ditadbirkan oleh pemegang amanah yang dilantik. Fund Manager atau Pengurus …. yang akan memilih saham-saham dan bond di bursa secara profesional bagi memberikan kelebihan yang maksimun kepada para pelaburnya.
Salah satu contoh Saham Amanah yang kita biasa dengar adalah Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) yang kedua-duanya diuruskan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Ini adalah salah satu pelaburan yang dikawal… oleh kerajaan.
Bagaimana dengan Saham Amanah yang dikendalikan oleh satu badan swasta 100% ? Ianya adalah mengunakan konsep yang sama, cuma yang banyak membezakannya adalah kaedah pemilihan saham / bond untuk dilabur. Kita dapat melihat sebahagian daripada Saham Amanah yang dikendalikan oleh Bank menawarkan pulangan yang berlipat kali ganda. Ada yang memberikan lebih daripada 50% pulangan pada tahun pertama wang anda dilaburkan.
Terdapat beberapa saham amanah yang dikategorikan dalam beberapa kumpulan seperti yang berisiko rendah seperti bond dan yang berisiko tinggi iaitu pelaburan dalam saham semata-mata.
Akan disambung…