Sehingga ke hari ini, masih ada individu yang menanyakan tentang kelayakan bagi memiliki kereta yang dalam kemampuan. Ini bermakna pengedaran buku ‘Hidup Tenang Walaupun Berhutang, di ikuti dengan informasi di halaman ini dan juga bicara kewangan di TV belum dapat menembusi setiap individu.
Tempoh maksimun bagi pembiayaan membeli kereta adalah 4 tahun sahaja. Jika kereta yang kita ingin beli itu mengenakan ansuran yang kita tidak mampu bayar, maka kereta yang ingin dibeli itu di luar kemampuan kita pada masa ini. Tukarkan kepada kereta yang lebih murah supaya ansuran yang akan dibayar selama 4 tahun itu dalam kemampuan kita.
Tangguhkan hasrat untuk membeli kereta jika tiada kereta yang ada dipasaran yang kita boleh beli dengan tempoh pinjaman selama 4 tahun. Sebenarnya banyak juga kereta terpakai yang dapat memenuhi keperluan kita bagi mendapatkan kereta yang lebih sesuai dengan mengekalkan tempoh maksimun 4 tahun.
Membeli kereta impian dengan menggunakan duit gaji adalah satu dari langkah untuk menghilangkan nikmat tenang dalam hidup. Gunakan duit orang lain bagi membeli kereta Impian.
Shamsuddin Kadir
Trainer & Writer
Ultra Mind Resources
Tel: 03 4142 5300 Fax: 03 4142 7300
Emel : info@shamsuddinkadir.com
2 comments on “Tempoh Pembiayaan Membeli Kereta”