Tetamu SK: Terima Kasih & Tahniah!!

Emel yang diterima dari seorang pembaca buku yang dihantar ke emel.Salam..
 
Buku anda bertajuk “Makan Gaji Tapi Kaya” memang sangat bagus.. selepas ini saya tentu akan membeli semua buku yang anda tulis.. Semoga anda akan terus-menerus menulis buku-buku berkaitan menjana duit dan kekayaan..

Saya pun tak pernah terfikir bahawa pelaburan hartanah seperti Rumah sewa adalah “pencen” bagi orang-orang yang tidak bekerja di bawah kerajaan di usia tua mereka kelak.

Anda memang penyumbang idea yang bagus kepada ramai orang di luar sana yang masih cetek ilmu pengetahuan tentang hal ehwal kewangan, hartanah, perakaunan, sumber manusia & operasi.,

Tahniah En. Shamsudin Abdul Kadir…
 
Isman Hadi,
Pelajar Ijazah Sarjana Muda Farmasi,
USM Penang.

————————

Salam Tuan Isman Hadi,
 
Semoga Allah sentiasa mengurniakan kepada Tuan dengan kebaikan yang datang mendadak pada setiap pagi dan petang hari.
 
Mohon maaf di atas kelewatan membalas emel Tuan, kerana saya sudah jarang membuka emel orydeans@yahoo.com, kini saya gunakan info@shamsuddinkadir.com dan shamsuddinkadir@yahoo.com.
 
Tuan juga boleh lawati blog saya di www.shamsuddinkadir.com.
 
Tahniah di atas keupayaan Tuan mendorong diri sendiri untuk berjaya. Masih kurang bilangan pelajar yang membaca buku-buku seperti ini, ada yang sudah bekerja juga masih belum terdedah dengan keperluan membaca buku.
 
Tahniah dan terima kasih di atas sokongan Tuan yang berterusan. Saya doakan Tuan sentiasa menjadi orang yang sentiasa berjaya di ketiga-tiga dunia (Dunia ini, Barzakh & Akhirat). Amin

Shamsuddin Kadir

info@shamsuddinkadir.com

www.ShamsuddinKadir.com

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *