Seawal pukul 11 pagi saya sudah berada di booth PTS. Pada hari ini saya teruskan aktiviti saya iaitu memberikan informasi kepada para pengunjung. Saya juga gunakan peluang ini bagi mendapatkan maklum balas daripadapembaca buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang, Makan Gaji Tetapi Kaya dan Kaya Dengan Rumah. Di sini saya dapat membuat analisa tentang keperluan semasa para pembaca.
Saya terharu dengan beberapa pembaca setia buku saya yang banyak mengikuti perkembangan semasa saya. Contohnya Tuan Opps, saya terlupa namanya (tengah mencari kad bisnesnya) beliau adalah pensyarah di Universiti Multimedia. Beliau datang untuk berjumpa dengan saya bagi mendapatkan autograph dan juga pandangan tentang perancangan semasanya.
Saya juga bertemu dengan saudari Norhasliza Bt Hashim yang telah mengulas buku pertama saya, iaitu ‘Hidup Tenang Walaupun Berhutang’ di halaman blognya. Beliau juga mendapatkan buku ‘Kaya Dengan Rumah’.
Saya sempat berjumpa dengan seorang yang berumur 50an dan bekerja sebagai kerani, beliau juga datang bagi mendapatkan buku saya yang terkini. Katanya, beliau sudah mempraktikan kaedah yang di cadangankan di dalam buku pertama saya.
Ramai juga yang datang dengan mencari buku ‘Makan Gaji Tetapi Kaya’ yang sudah kehabisan stok sebelum pesta buku. Buku itu sedang dicetak untuk kali kedua. Buku ini juga dicetak mengikut format paperback oleh PTS dan diedarkan oleh Fajar Pakeer. Boleh di dapati di kedai buku dan gerai majalah.
Selepas ceramah Tuan Zamri Mohamad selesai tepat pada pukul 6.00 petang, beliau menjadi MC bagi memperkenalkan saya kepada pengunjung selepas mengajukan beberapa soalan kepada saya. Selepas setengah jam berlalu iaitu lebih kurang pukul 6.35 semua buku Kaya Dengan Rumah yang di ada di booth PTS habis terjual.
Nasib baik bahagian Jualan Tuan Zain mengambil tindakan drastik dengan mengambil stok baru di stor PTS yang terletak di Batu Caves. Buku ini ditambah pada keesokan hari iaitu pada hari terakhir pesta buku 2008.
2 comments on “Corat-Coret Pesta Buku Antarbangsa 2008”