Program Bersama Penulis di Pesta Buku 2008

Insyaa-Allah saya akan berada di PWTC bagi menjayakan Program Bersama Penulis di Booth PTS.

Maklumat terperinci adalah seperti berikut: 

  • Tarikh     : 6 April 2008

  • Masa        : 2 – 3 petang

  • Tempat   : Booth PTS (Tun Razak 2, Lot 2071-2075 & 2080-2084), PWTC

Penulis buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang, Makan Gaji Tetapi Kaya dan Kaya dengan Rumah akan bersama pengunjung dan membincangkan topik wang dan anda bersama pengunjung.

Sila hubungi Mohd Yahya Fadzli Jusoh, 016-661 1849 bagi maklumat lanjut. Semua dijemput hadir.

Insyaa-Allah saya juga akan berada di Pesta buku pada hari Sabtu ini mulai pukul 2 petang. Saya menghadiri mesyuarat bersama dengan saudara Azree MH bagi membincangkan persiapan terakhir bagi Kursus Dimensi III 7-9 April 2008 di Selesa Resort, Bukit Tinggi, Pahang.

Saya mengalu-alukan semua pelawat blog ini hadir pada majlis berkenaan. Insyaa-Allah saya akan autograph bagi setiap buku saya yang dimiliki oleh saudara dan saudari, sebagai tanda terima kasih di atas sokongan semua.

2 comments on “Program Bersama Penulis di Pesta Buku 2008”

  1. kart Reply

    Assalamualaikum Tuan Sham!

    Pagi ini ketika saya menunggu roti canai siap di kafetaria NRE, Putrajaya, saya terdengar seorang pegawai kerajaan tengah bercerita mengenai Pesta Buku dan Penulis Shamsuddin Abd Kadir. Beliau seperti memperkenalkan buku tuan dan pendapat tuan kepada sahabatnya. Mungkin beliau berada semasa Program bersama tuan di Pesta Buku 2008.

    Tahniah dan syabas tuan. Saya tumpang berbangga mengenai populariti tuan.

  2. Shamsuddin Kadir Reply

    Waalaikummusalam Kartina,

    Semoga senantiasa di diberi pertunjuk oleh Tuhan sepanjang masa.

    Terima kasih di atas maklumat yang diberikan. Semoga ilmu yang disampaikan itu benar-benar dapat memberi manfaat kepada yang mendengarnya.

    Insyaa-Allah saya akan berada di Pesta buku pada hari Sabtu dan Ahad ini, dari pagi sampai malam.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *