Graduan Bengkel Berhijrah Sesi Pertama Jan 09

Salam Tuan Shamsuddin ,

Saya adalah salah seorang peserta bengkel “berhijrah makan gaji” pada bulan Januari 09. Alhamdulillah setelah mempraktikkan 2 tips iaitu :

(1)mempelbagaikan belon cita-cita

 (2) mulakan bisnes dengan apa yang ada ditangan,

saya telah menambah satu lagi sumber pendapatan hasil tips tuan walaupun kini saya bekerja sendiri sebagai wakil takaful sepenuh masa.

Alhamduillah setelah “brainstorming” bersama suami yang juga peserta bengkel, satu perniagaan trading barangan online secara kecil-kecilan telah diwujudkan sebagai tambahan pendapatan.

Alhamdulilah sambutan menggalakan hasil daripada modal permulaan hanya sebanyak RM60 sahaja!. Mungkin rezeki bayi kami yang insya Allah lahir bulan hadapan. Ameen. ;)

Puan Suhaila.

——————-

Tahniah Puan Suhaila, saya sentiasa berdoa semoga semua peserta saya mendapat ilmu yang dapat dimanfaatkan sepanjang hayat. Itu sebagai permulaan. Mungkin Puan boleh emelkan kepada kami alamat website bisnes online itu mungkin saya boleh paparkan dalam entri ini.

Puan Suhaila juga seorang perunding Takaful di mana beliau memiliki halaman website www.suhailaagency.com

Teruskan mempratikkan semua tips-tips agar Puan dan suami menjadi apa yang kita cita-citakan.

2 comments on “Graduan Bengkel Berhijrah Sesi Pertama Jan 09”

  1. Suhaila Reply

    Salam tuan,

    Terima kasih atas sokongan. Buat masa ini kami telah menjual bebarapa barangan bayi dan kanak-kanak di mudah.com.my. Disana proses jual dan beli adalah “percuma”. Kami memutuskan tidak menangguhkan niat murni untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan ini memandangkan blog khas “e-shop” masih dalam proses pembikinan. Kami juga masih baru dan belajar sendiri didalam membuat blog. Kami memilih blogspot kerana ia juga adalah “percuma”. Proses untuk membuat blog juga memakan masa bagi kami yang bukannya daripada “IT background”. Namun, kami percaya ia bukanlah satu penghalang untuk kami memulakan perniagaan di internet.

    Di mudah.com.my, sekiranya barang tersebut telah dijual, iklan tersebut wajib dihapuskan. Oleh itu sehingga hari ini baki barangan kami yang masih di pasaran mudah.com.my adalah seperti dibawah:
    1- Easy Pour Milk Storage Bag – New (Link: http://www.mudah.my/vi/1847798.htm )
    2- Baby crib and pram toy – New ( Link: http://www.mudah.my/baby-crib-and-pram-toy-selangor-1862114.htm?ca=8_s )

    2 Dua barangan bayi dan kanak-kanak yang telah dijual pagi tadi baru sahaja dihapuskan. Insya Allah akan dimasukkan lagi “baby items” dari masa ke semasa sementara blog khas kami siap.

    Kami akan memaklumkan kepada tuan sejurus selepas blog e-shop kami dilancarkan. Terima Kasih sekali lagi atas sokongan.

    wasalam.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *