(DIKEMASKINI) Kenapa saya beriya-iya bagi menjayakan bengkel yang mungkin julung kali di adakan di Malaysia. Biasanya kita mendengar bengkel memulakan bisnes ataupun berjaya dengan bisnes. Kali ini saya lakukan adalah bagi menarik seberapa ramai individu yang ingin mencipta peluang dengan berhijrah dari kehidupan ‘makan gaji’.
Ada yang masih ragu-ragu dan bertanya adakah bengkel ini sesuai untuk saya?
Bengkel ini adalah sesuai bagi semua individu yang
- ketika ini makan gaji dan tidak mahu menjadi usahawan
- ketika ini makan gaji dan pernah bercita-cita menjadi usahawan suatu ketika dahulu
- Ketika ini makan gaji dan pernah dibuang kerja akibat kilang tutup ataupun syarikat bankrap
- Ketika ini makan gaji dan pernah menganggur beberapa kali
- Ketika ini makan gaji dan bercita-cita ingin menjadi usahawan yang berjaya
- Ketika ini makan gaji dan bercita-cita bagi mendapatkan ‘KEBEBASAN’
- Ketika ini adalah graduan yang belum mendapat pekerjaan
- Ketika ini adalah pelajar universiti ataupun kolej
- Ketika ini adalah usahawan tetapi belum menikmati erti KEBEBASAN
- Ketika ini makan gaji dan merasakan orang yang berniaga sendiri lebih berisiko dari orang yang makan gaji.
- Dan banyak lagi sebab yang Tuan dan Puan lebih mengerti
Apabila ekonomi dunia yang gawat dengan ada bank yang di antara terbesar di dunia akan memberhentikan lebih 50,000 kakitangannya di seluruh dunia, bagi mengurangkan bebanan kos operasi. Kita dapat lihat apabila kos petrol yang naik mendadak pada beberapa bulan yang lalu, majoriti individu yang makan gaji menangung bebanan kerana petrol dibayar mengunakan duit wang gaji.
Apakah kelebihan jika kita berjaya berhijrah dari kehidupan Makan Gaji ?
-
Tiada lagi jadual waktu bekerja yang perlu diikuti oleh kita sepanjang hidup
-
Waktu membeli belah di pasaraya dan shopping Mall adalah dari hari Isnin sehingga Jumaat sahaja
-
Bebas melakukan apa sahaja yang kita suka
-
Tidak terikat dengan ‘BOS’
-
Boleh mendapatkan duit yang lebih pada setiap bulan jika itu yang diinginkan
-
Tidak perlu bergantung kepada orang lain bagi mendapat duit yang banyak
-
Dapat menjelaskan hutang-hutang dengan cepat
-
dan banyak lagi yang akan diketahui dari bengkel ini
Tempat adalah terhad, masih ada kekosongan, dijangka akan diadakan pada bulan Januari 2009 dan di Taman Permata, Hulu Klang. Hari Sabtu.
Maklumat yang dikehendaki bagi tujuan pendaftaran bengkel ini adalah :
-
Nama
-
No. Telefon
-
Alamat Emel
Tarikh telah ditetapkan pada 28 Mac 2009 bersamaan hari Sabtu bertempat di Sekolah Bimbingan Agama Al-Ikhlas, No. 2755-B Jalan Changkat Permata, Taman Permata, Hulu Kelang, 53300 Kuala Lumpur (Di atas Klinik Dr. Nooriah).
Yuran yang ditetapkan adalah RM 150 (Bayar sebelum 26 RM 130 sahaja) (Makanan dan minuman tidak disediakan). Bengkel bermula dari 9.00 Pagi sehingga 5 Petang.
Pembayaran boleh di buat ke Akaun Maybank 562106 -200279 di atas nama Shamsuddin Abdul Kadir, bagi pembayaran secara online sila masukan emel info@shamsuddinkadir.com di ruangan third party email. Bagi yang membuat pembayaran secara bank in di mesin ataupun kaunter, sila fak bankslip berserta maklumat seperti nama, no. telefon dan emel ke 03-5548 8343. Tim SK akan memaklumkan kepada Tuan dan Puan setelah mengesahkan penerimaan pembayaran.