Semalam saya menerima sms bahawa Guru saya iaitu Tuan Haji Abdullah yang tinggal di Lubuk Tapah, Pasir Mas berada di dalam keadaan tenat.
Pada pagi ini saya menerima sms yang menyatakan kekasih saya itu telah selamat kembali ke Rahmatullah pada pukul 7.10 pagi tadi. Beliau meninggal pada 11 Rabiul Awal iaitu lebih kurang 12 jam sebelum tanggal 12 Rabiul awal iaitu hari ulangtahun keputeraan Nabi Muhammad (s.a.w) .
Terima kasih kepada sahabat saya Osman Affan yang membantu memasukkan gambar beliau di entri ini.
Semoga Allah menempatkan guru saya itu di dalam Syurga Firdaus, Amin.
2 comments on “Kepulangan Kekasih Ke Rahmatullah”