Tuan dan Puan yang saya amat muliakan.
Entri-entri di dalam halaman ini, kadangkala amat berat untuk diterima kerana ianya seolah kita menonton TV yang memaparkan tanda ‘U’ ataupun 18SG. 18J itu lebih bermaksud kepada orang yang ingin berjimat dan tidak mahu melakukan pembaziran mengikut apa yang telah dinyatakan oleh Tuhan di dalam buku manual manusia.
Jimat mengikut akal lebih mudah, dari jimat mengikut ajaran Islam. Jimat akal boleh diikuti oleh semua orang, jimat ikut ajaran Islam hanya diikuti oleh orang yang ingin mendekatkan diri kepada Tuhan yang telah menciptakannya.
Jika kita membaca entri di dalam halaman ini dan merasakan ianya tidak sesuai, mungkin lebih baik bagi kita untuk tidak meneruskan pembacaan. Mungkin halaman kewangan lain yang lebih sesuai untuk jiwa kita. Halaman ini adalah sesuai bagi mereka yang tidak ingin membelanjakan duit sehingga di anggap pembaziran.
Umum tetapi JIMAT.