Kita mampu berubah, selagi kita masih bernafas dan mampu untuk menguruskan kehidupan harian. Jika ketika ini kita sudah membelanja semua wang gaji bulanan, gunakan peluang iaitu masa yang Tuhan masih peruntukan untuk kita bagi membuat perubahan. Ya, membuat perubahan dalam kontek kita mengendalikan perbelanjaan harian kita.
Selagi kita tidak membuat perubahan, selagi itu belenggu bebanan menghempap kepala kita. Kita hanya tahu had maksimun otak kita dapat menerima tekanan apabila sesuatu yang tidak baik itu terjadi kepada kita. Itu adalah kaedah yang paling tidak baik bagi mengenali diri kita. Kita mungkin sudah tiada lagi di dunia ini, apabila menerima tamparan hebat melalui bebanan komitmen hutang yang semakin tidak terkawal.
Apa yang perlu kita buat, jika ketika ini kita tidak pernah membuat pengiraan tentang aliran wang masuk dan keluar apda setiap bulan. Dapatkan sehelai kertas kosong, tuliskan di sebelah kiri semua kos yang perlu tanggung. Senaraikan juga hutang ansuran yang anda perlu bayar pada setiap bulan. Jangan lupa untuk menyenaraikan cukai jalan, Takaful(insurans), kos penyelenggaraan, yuran anak sekolah, cukai pintu dan sebagainya. Kos yang berlaku setahun sekali perlu disenaraikan juga.
Selepas sudah menyenaraikan semua kos dan komitmen bulanan, masukkan jumlah kos yang perlu ditanggung pada setiap bulan di sebelah kanan.
Contohnya:
1. Ansuran Kereta RM 700
2. Ansuran Rumah RM 920
3. Cukai Jalan & Takaful RM 100 [ RM 1,200/12]
4. Belanja Dapur RM 350
5. Petrol RM250
Teruskan menulis…
Jumlahkan semua kos yang anda perlu tanggung pada setiap bulan itu. Andaikan gaji anda RM 2,000. Jumlah kos bulanan anda adalah RM 1,800. Jumlah perbelanjaan bulanan anda adalah [RM1,800/RM2,000] X 100 = 90% ini bererti anda sudah berbelanja di luar kemampuan. Jumlah yang anda boleh belanja adalah 70% iaitu RM1,400 sahaja. Gunakan peluang ini untuk berfikir tentang kos apa yang anda boleh kurangkan ataupun buang terus. Ini bererti kos itu sudah berkurangan ataupun anda sudah tidak perlu menangungnya lagi. Jika sebelum ini anda menjadi ahli kelab yang tidak begitu bermakna kepada anda, mungkin anda perlu hentikan supaya anda tidak perlu membayar yuran pada setiap bulan ataupun tahunan.
Kurangkan…kurangkan…terus kerungkan sehingga anda mendapat angka 70% bagi jumlah kos bulanan anda.
Selamat menyenaraikan kos anda. Lakukan sekarang…Berapa peratus yang anda dapat?
Opss 130%! Sabar…walaupun ianya telah melebihi daripada gaji anda, masih ada peluang untuk anda membebaskan diri daripada ‘musibah’. Jika anda tidak melakukan perubahan hari ini bagi membebaskan diri daripada tekanan, bila anda rasa anda akan lakukan?
Hutang… Jika anda tidak berlawan dengannya, anda kekal menangung bebanan sepanjang hayat.
Shamsuddin Kadir
info@shamsuddinkadir.com
Hakcipta Terpelihara Shamsuddin Kadir 2008
6 comments on “Masa Untuk Berubah!”