Entri yang dihantar oleh seorang pelawat blog ini
Salam Sejahtera
Saya adalah peminat blog tuan dan telah membaca dua buku tuan iaitu Makan Gaji Tetapi Kaya dan Hidup Tenang Walaupun Berhutang.
Walau bagaimana pun, saya masih mencari jawapan apa kesan dari tindakan saya gagal membayar hutang bank samada kad kredit atau pinjaman peribadi. Saya ingin mengetahui langkah demi langkah yang diambil oleh pihak bank ke atas saya.
Sekarang ini saya diperingkat mendapat surat dari pihak peguam yang dilantik oleh bank. Makluman tuan, semalam saya ada menerima sms dari pihak peguam mengenai satu saman dari pihak bank. Sms itu menyuruh saya menhubungi kembali pihak yang menghantar sms itu. Oh ya, kad kredit saya sudah memasuki tiga bulan tunggakan. Juga, saya sudah tidak menerima sebarang surat menyurat dari pihak bank kerana berpindah rumah dan tempat kerja .
Buat masa sekarang saya tidak menjawap segala panggilan dari pihak bank dan nombor panggilan yang tidak saya kenali.
Bolehkah saya berterusan begini, saya sekarang berada dikedudukan yang jauh terperangkap dengan hutang sehingga pihak AKPK pun tidak dapat menolong. Maksudnya di sini, penyata pendapatan dan perbelanjaan yang dibentangkan kepada pihak AKPK menunjukkan defisit.
Harap dapat tuan berkongsi sedikit sebanyak ilmu dan cadangan kepada saya. .
Sekian, terima kasih.
Saudara Y (Bukan nama sebenar) kiriman melalui emel.
Shamsuddin Kadir
info@shamsuddinkadir.com
Hakcipta Terpelihara Shamsuddin Kadir 2008
4 comments on “Kesan Di Saman Oleh Bank”