Sejak beberapa bulan ni, seakan satu kemestian untuk pergi ke kedua laman yang pertamanya saya kenal dari bacaan majalah Midi .. yang sebenarnya juga menceritakan tentang pengalaman dan catatan peribadi beliau.
Seorang prof yang sangat jujur ketika menulis namun penulisan yang santai itu mengandugi seribu cerita dan catatan yang menarik. Hati bagai ditarik-tarik untuk terus mencari bahan penulisan beliau yang lain.
Dan laman yang kedua ditemui kerana membantu rakan mencari laman beliau kerana rakan ini bakal mendirikan rumahtangga dan beliau mahu bersedia dari segenap segi termasuklah dalam urus mengurus kewangan. Maka pertemuan yang pertama itu terus disusuli dengan kunjungan harian sehingga jika tiada entri baru yang masuk pada hari tersebut .. terasa seakan ada keluhan kecewa yang terasa.
Untuk bacaan selanjutnya boleh klik di sini.
2 comments on “Tetamu SK: Seakan Satu Kemestian”