Kita dapat mengenalpasti setiap penyakit melalui tanda-tandanya. Kita dapat lihat simpton yang biasa terjadi kepada setiap penyakit yang mengalaminya. Contohnya, individu yang mula dijangkiti dengan penyakit ‘Kencing Manis’ atau diabities akan kerap bangun malam untuk ke tandas.
Individu yang menangung bebanan hutang yang banyak ataupun kritikal juga ada tanda-tandanya. Tanda-tanda ini dapat memberikan kita amaran bahawa kita sudah memasuki zon hidup yang tidak selamat.
Antara tanda-tanda yang berlaku pada kita adalah seperti dibawah :
1. Tiada duit simpanan
2. Tidak tahu berapa jumlah hutang kita
3. Kais bulan makan bulan – atau yang lebih teruk. Iaitu kais sebulan makan 1 minggu sahaja
4. Penyata kad kredit kita menunjukkan ada baki. Kad kredit yang menunjukkan baki, sudah menunjukkan kita tidak ada duit yang cukup untuk membayar semua belanja yang kita buat. Di sini ianya menunjukkan kita telah berbelanja melebihi daripada apa yang kita ada duit. Bahaya yang sangat kritikal menanti di hadapan jika kita tidak menghentikan pengunaan kad kredit, jika tanda ini ada.
5. Seminggu selepas mendapat gaji, menanti bila hendak dapat gaji bulan depan.
6. Perasaan tidak tenang, selalu rasa tertekan. Perasaan gelisah sepanjang masa, terutama ketika di pejabat. Tiada mood untuk fokus kepada pekerjaan.
7. Semuanya menjadi tidak kena, rakan sekerja, bos, pekerja bawahan.
8. Rasa seperti berada di dalam penjara. Tidak dapat hidup bebas kerana banyak perkara yang ingin dimiliki ataupun dibeli tidak dapat.
9. Bercakap dengan Ikan. Iaitu mendapatkan Ikan untuk berdoa kepada Tuhan supaya memurahkan duit, supaya dapat membayar hutang.
10. Ada bil yang sudah tertunggak walaupun untuk sehari. Ada ansuran yang tertunggak.
11. Duit poket bulanan kepada ibubapa sudah tertunggak ataupun tidak mampu diberikan.
Di atas adalah sebahagian daripada tanda-tanda yang berlaku apabila kita ada menangung bebanan hutang yang tidak baik.
Kaedah-kaedah untuk membebaskan diri kita daripada hutang yang tidak baik itu akan dikongsikan bersama di artikel yang seterusnya. Jangan biarkan hutang itu menjadi parah, seperti penyakit kencing manis yang masuk ke tahap kritikal.
Shamsuddin Kadir
info@shamsuddinkadir.com
Hakcipta Terpelihara Shamsuddin Kadir 2008
4 comments on “Tanda-Tanda Banyak Berhutang”