Assalamualaikum wbt
Tuan dan Puan yang dimuliakan oleh Allah,
Marilah kita bersama bertakwa kepada Allah, kerana hanya itu sahaja jalan yang selamat.
Tuan dan Puan yang dimuliakan,
Tidak semua barangan ataupun servis yang direka oleh manusia adalah untuk dimiliki ataupun digunakan oleh kita. Banyak barang yang dicipta adalah melanggar undang-undang Allah dan apabila kita membeli dan memilikinya kita juga menjadi hamba Allah yang menderhaka. Contohnya rumah dan kereta. Jika kita membeli dan memiliki sebuah rumah yang selesa dan selamat adalah dibolehkan dan digalakan oleh Islam. Memiliki sebuah kereta yang selesa dan selamat juga digalakkan di dalam Islam jika kita mampu.
Apabila kita melihat lambakan rumah yang mewah begitu juga dengan kereta mewah, timbul satu persoalan adakah ianya adalah nikmat dunia yang diperuntukkan untuk ahli Syurga?
Hanya kumpulan Muslim yang benar-benar Mukmin menghasilkan barangan dan servis yang diperlukan oleh ahli syurga sementara menyinggah di dunia. Orang-orang yang tidak mengenali akan pencipta yang Maha Agung iaitu Allah terus menerus mencipta, menghasil dan membina rumah, kereta dan banyak lagi benda lain yang bercanggah dengan arahan Allah.
Apabila seorang manusia yang benar-benar Muslim zahir dan batin apabila menghasilkan produk makanan, mereka benar-benar memastikan makanan yang dihasilkan adalah bersih dan halal. Manusia yang belum bertauhidkan Allah sudah semestinya tidak akan langsung memikirkan tentang keperluan menyediakan produk halal kerana mereka tidak nampak ataupun percaya tentang keperluan makanan yang di hasilkan mestilah halal. Untuk apa?
Sebagai manusia yang diciptakan oleh Allah, kita perlu mempelajari bagaimana bagi memisahkan nikmat yang boleh dirasai dan nikmat yang disediakan bagi ahli neraka.
Bagi seorang Mukmin yang sejati dunia boleh diibaratkan sebagai Neraka kerana kehidupan di dunia tidak sesaat ataupun seinci pun boleh menandingi sebuah negara yang dikenali dengan nama Syurga. Ketika Allah menciptakan semua alam ini, Allah telah menciptakan 99 rahmat. Hanya 1 rahmat yang diturunkan ke bumi yang kita sedang berada sekarang. 98 lagi rahmat menanti ahli syurga.
Hindari diri kita dari hidup dengan memiliki rumah, kereta yang termasuk dalam kategori nikmat yang disediakan bagi penghuni neraka. Riak, sombong, kedekut, membazir adalah sifat yang dimiliki oleh orang yang tersalah memilih nikmat yang Allah sediakan ini.
Peluang Untuk hidup di dunia ini hanya sekali, iaitu sekarang. Jika kita tidak mengubah apa yang perlu diubah hari ini, kita tiada lagi peluang untuk hari esok. Kerana hari ini akan berlalu pergi.
Jika di andaikan Nabi Muhammad s.a.w masih hidup, adakah nabi akan membina rumah-rumah yang melebihi dari keperluan asal rumah? Jika Nabi masih hidup, adakah nabi akan memiliki kereta yang mewah?
Lihat di rumah kita di badan kita, ada orang yang sanggup membeli jam buatan bukan Islam berharga berpuluh ribu sehingga hampir satu juta ringgit. Ke manakah duit itu disalurkan sebahagiannya? Sudah pasti sebahagian keuntungan disalurkan ke rumah-rumah ibadat mereka. Adakah dengan membeli sebuah jam yang berharga puluhan ribu dapat memberikan kita 1 jam tambahan iaitu ianya menjadi 25 jam sehari? Setiap apa yang kita bayar lebih tetapi tidak meningkatkan kebaikan kepada kita itu termasuk dalam aktiviti membazir yang dilaknat oleh Allah. Membazir adalah perangai Syaitan.
Marilah dengan kita bertakwa kepada Allah dan menyokong semua produk-produk yang dihalalkan oleh Allah sewaktu kita melintasi dunia yang bernama bumi ini, sebelum kita kembali ke alam Akhirat.
Semoga apa yang kita bicarakan dapat memberikan kebaikan kepada kita di dunia dan diakhirat.
2 comments on “Khutbah Jumaat : Nikmat Dunia Yang Dicipta Penghuni Neraka”