Rakyat Kurang Rancang Kewangan Peribadi

Kebanyakan rakyat Malaysia mungkin tidak memahami sepenuhnya kepentingan dan manfaat kewangan peribadi, melabur dengan bijak dan merancang untuk persaraan.  – Utusan Malaysia, 6 Februari 2008.

Adakah kita kurang merancang berkenaan dengan masa depan? Bukan sahaja berkenaan dengan kewangan, jika ditanya apa impian kita pada 2010? Kita mungkin tidak dapat menjawab dengan tepat kerana ada di antara kita yang tidak pernah mengariskan di atas kertas apa yang ingin dicapai dari tahun ke tahun.

Individu yang merancang untuk masa depannya, biasanya akan menyediakan dirinya untuk menghadapi ancaman yang datang dari:

  • Kos sara hidup

  • Hubungan

  • Godaan Syaitan

  • Diri sendiri

Persiapan yang disediakan membantu setiap individu untuk memperolehi :

  • Kebebasan Kewangan

  • Kebahagian Rumahtangga & Hidup

  • Kesenangan Hidup sepanjang masa

  • Limpahan Ilmu yang bermanfaat

  • Kemanisan Iman – Kuasa yang paling mulia (Iman adalah Kuasa)

Individu yang tidak mahu memikirkan tentang masa depan akan kurang peka untuk merancang tentang kewangan. Ini berlaku kerana seseorang itu tidak dapat melihat keperluan dirinya untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang kewangan peribadi. Individu yang sebegini dikenali sebagai ‘Rabun Kewangan’.

Manakala individu yang merancang masa depan termasuk dalam hal kewangan adalah mereka yang ‘Celik Kewangan’.

Untuk memahami tentang kepentingan merancang kewangan adalah dengan membuat pengiraan ringkas tentang jumlah wang yang kita perlukan jika kita hidup sehingga umur 75 tahun.

Syarat asas yang perlu diambil kira adalah : Kos makan dan minum di luar pada hari ini adalah RM20 dan ianya menjadi RM64 iaitu 2o tahun daripada sekarang. Di Mana kos itu akan meningkat dari tahun ke tahun sehingga ianya mencapai RM64 pada tahun 2027. Untuk lebih memahaminya, gambarkan harga sebungkus nasi lemak pada 20 tahun yang lalu dengan hari ini. Jika anda masih tidak dapat gambarkan. Cuba gambarkan duit poket yang ibubapa anda berikan ketika disekolah rendah dengan duit poket yang anda berikan kepada anak-anak anda yang belajar di sekolah rendah ketika ini.  Lihat perbezaanya.

Latihan mudah bagi memahaminya. 

Langkah pertama : Mengambarkan harga barangan ataupun servis yang anda bayar pada 5 atau 10 tahun yang lalu.

Langkah kedua : Mengambarkan harga barangan ataupun servis yang anda perlu bayar pada hari ini.

Langkah ketiga : Bandingkan gambaran 5-10 tahun lalu dengan gambaran kos atau harga pada hari ini.

Melalui ketiga-tiga langkah ini,  ianya menimbulkan satu tanda tanya ? dalam minda anda. Tanya tanda ini yang mendorong anda untuk mengetahui bagaimana untuk menyelesaikan dilema ataupun risiko setiap kali harga barangan naik. Langkah di atas bukan sahaja untuk individu yang sudah bekerja ataupun berniaga, ianya juga boleh dipratikkan oleh para pelajar (mahasiswa/i)

Shamsuddin Kadir 
info@shamsuddinkadir.com Hakcipta Terpelihara Shamsuddin Kadir 2008

2 comments on “Rakyat Kurang Rancang Kewangan Peribadi”

  1. Abu Afham Reply

    Ramai yang kurang peka dan sambalewa dengan pengurusan kewangan. Bila dapat sahaja gaji (bagi yang makan gaji), terus ghairah berbelanja tanpa menilai terlebih dahulu perbelanjaan yang dibuat. Tidak hairan la ramai yang sering ‘over budget’, tak sampai tengah bulan sudah sesak cari duit.

    Waktu inilah kad kredit menjadi ‘penolong’ mereka. ‘Along’ pun boleh tersenyum sebab ramai pinjam duit.

    Nampaknya, kita semua ada tanggungjawab sosial untuk memandaikan masyarakat. Teruskan usaha tuan!

  2. Shamsuddin Kadir Reply

    Terima kasih Tuan Afham,

    “Ghairah berbelanja tanpa menilai terlebih dahulu perbelanjaan yang AKAN dibuat” Itu satu kata kesimpulan yang kemas berkenaan dengan mengawasi setiap sen yang dibelanjakan.

    Ya, setiap daripada kita adalah Pemimpin Pilihan Terakhir yang mempunyai tugas untuk disempurnakan hanya ketika di atas muka bumi ini.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *