Menyesal Aku Beli Emas

Bismillah. Menyesal aku beli Emas, Menyesal aku beli rumah itu, Menyesal aku ambil ASB Financing.
 
Dalam hidup kita yang tidak sempurna itu pasti ada banyak yang ktia menyesal.
 
Jika diperhitungkan emas adalah harta,, rumah adalah harta dan ASB adalah Pelaburan yang jauh lebih cepat mengandakan duit berbanding dengan bank. Tetapi kenapa menyesal?
 
“Tuan SK saya ambil pinjaman peribadi dahulu untuk beli emas.”
 
Tuan dan Cik Puan nampak, salah satu isu kenapa individu di atas membenci emas ?
 
Beliau sudah menyalah guna pembiayaan peribadi untuk harta yang belum tentu naik di dalam jangka pendek. Beli emas perlu ada strategi, beli emas perlu ada matlamat, dan yang terlebih PENTING beli emas perlu ada HAD bulanan / tahunan.
 
Susu Segar yang baik untuk badan, juga menyebabkan cirit birit apabila diambil berlebihan. Ada beberapa kaedah untuk kita menetapkan malamat untuk emas.
 
1. Kita beli emas bagi mengelakkan boros
2. Kita beli emas untuk simpanan aset bernilai
3. Kita beli emas untuk beli hartanah lain
4. Kita beli emas untuk mengawal inflasi dalam rumahtangga
 
Alhamdulilah, semalam 21 Ogos 2018, seorang pelanggan emas saya berjaya membeli dan memegang sendiri emas 50 gram dan 100 gramnya. Beli emas kita bermula mengikut matlamat kita. Yang tidak mampu mula dengan RM 100, yang mampu sedikit segram – 9 gram, yang lebh mampu 10 gram ke atas.
 
Harga hari ni masih seksi. Wasap 010 500 1 500

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *