KELIRU TENTANG EMAS

Bismillah. Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w

=============
Keliru Tentang Emas
=============
Banyak individu yang mendaftar dan keliru tentang beli emas yang Shamsuddin Kadir cadangkan ketika ini
Ada yang bertanya ?

Tuan kita beli Emas Fizikal ke?

Ya (Jika bukan emas fizikal yang kita pegang sendiri, lebih baik masuk ke dalam akaun emas di bank (yang ada emas)
Tuan, apa beza emas 916 dan 999.9 ?

Bezanya ada banyak. Pertama, emas 916 ada kos upah dan GST, manakala emas 999.9 tiada kos upah dan GST bagi yang cukup syarat.

Kedua, susut nilai emas 916 tinggi apabila dijual semula (20 – 30%) kebiasaannya

Emas 999.9 (bawah 10%) kebiasaannya

Tuan, saya pernah kena dengan skim pelaburan cepat kaya Risau saya hendak melabur dalam emas. Oke ke emas?

Saya mencadangkan untuk membeli emas fizikal yang ada asas ketulenannya tidak diragui. Itu yang saya cadangkan.

Ini bagi mengelakkan menyertai skim pelaburan emas.
Saya tidak mencadangkan membuat pelaburan emas, saya mencadangkan kita menyimpan emas. Dua mazhab yang berbeza. No dividen apabila kita membeli emas. Yang menjanjikan dividen itu terang-terangan skim cepat kaya.

Tuan, buat emas je ke, pelaburan lain tidak perlu ke?

Masya Allah, Shamsuddin Kadir sudah menulis buku pasal hartanah iaitu Kaya dengan Rumah dan Buat Duit Dengan Rumah pada tahun 2008. Sudah 17 buah buku yang ditulis oleh Shamsuddin Kadir dengan izin Allah SWT.

Pelbagai pelaburan yang SK cadangkan, termasuk hartanah, unit trust, dan lain-lain. SK juga sentiasa buat bengkel pelaburan.

Shamsuddin Kadir menawarkan kepada rakan fb ini, bagi mereka yang susah nak menyimpan duit, asyik terlebur, ataupun yang mahu menyimpan (sendiri) emas sekurang-kurangya 1 gram sebulan.

Shamsuddin Kadir menggalakkan pembelian emas ini, bagi mengurangkan duit yang habis dibelanjakan untuk yang tidak berfaedah setiap bulan.

Bagi bisnesman, beli emas, untuk back up waktu perlukan duit untuk beli stok, cagar di ArRahnu. Lepas dapat balik untung, tebus balik emas itu.

Untuk mempelajari kaedah untuk memulakan langkah pertama cara Shamsuddin kadir ISIKAN Borang di bawah.

Tiada kos pendaftaran, dan ingat, beli emas Fizikal. Ikut panduan langkah demi langkah.

Nak jemput Shamsuddin Kadir bagi talk pun boleh whatapp ke 010 500 1500

Wallahu A’lam (Hanya Allah yang tahu, segala-galanya dan yang sebenar-benarnya)

 

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *