Kerana Law Of Attraction jangan Bercerita Tentang Banjir

Gara-gara belajar Law Of Atrraction, ada orang lain memarahi kita kerana asyik menulis berkenaan banjir, nanti banjir itu datang lagi.

Satu dari ilmu Law Of Attraction yang, diajar, jangan fikir apa yang kita TIDAK hendak. Habis itu jangan fikir neraka, jangan fikir tentang banjir, jangan fikir tentang dosa. Mana punya ilmu itu, itu sebab, nanti Kata, Tidak akan sesat seorang manusia itu selagi dia berpegang kepada Al Quran dan Sunnah. Bukannya pegang Al Quran, tetapi buat tidak tahu dengan kandungannya.

Dalam Al Quran dan hadis berapa banyak ayat yang cerita tentang neraka, dosa…., ini bercanggah dengan buku Law Of Attraction ataupun The Secret.

Cik Puan Nurleena Leen Ishaq menulis dalam salah satu dari entri saya berkenaan perkataan jangan.

“Terima kasih Tuan. Saya baru sahaja disergah di wall saya sendiri kerana katanya kekerapan update status banjir akan menyebabkan banjir akan lebih teruk lagi. Bila saya selak latar belakang beliau , rasa simpati kerana datangnya dari insan yang baru dekat dengan agama sendiri. Bergetar hati saya ketika itu kerana ia berkaitan dengan aqidah tauhid.”

————————————————

Belum jumpa hadis, yang mengatakan “Tidak akan sesat manusia, selagi mana dia berpegang kepada Law Of Attraction”

yang ada adalah, tidak sesat yang berpegang, bertauhid, taat, patuh, ikut Al Quran dan Sunnah.

Lain sekolah pondok, lain pula ajarannya, hormati perbezaan. Kerana yang betul 100% adalah apa yang Allah kata sahaja.

Shamsuddin Kadir
Kuala Lumpur

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *