Formula Patuh Shariah Yang Haram Tetap Ada

Bismillah. Nabi Muhammad s.a.w | Status halal sesuatu pelaburan ataupun sistem perbankan sangat unik, kerana ianya banyak bergantung ahli yang menganggotai sesuatu majlis panel syariah ataupun penasihat syariah ataupun badan seperti majlis mufti.

Sudut pandang mereka ada yang berbeza sedikit berdasarkan hujah yang mereka, ke atas ayat Al Quran ataupun hadis yang mereka sandarkan, serta penaksiran ilmu ekonomi.

Secara asas ataupun ‘common sense’ saham ataupun pelaburan yang 100% halal baru mendapat Status Patuh Syariah.

Di Malaysia, berdasarkan Ijtihad panel-panel ini, masing-masing mempunyai hujah dan sudut pandang mereka sendiri, antaranya. sekiranya sebuah syarikat itu hanya mempunyai unsur riba kurang dari 5 % dikira sebagai syarikat yang patuh Shariah.

Ada pula yang memberi hujah walaupun dari segi sudut ribanya lebih dari 5%, tetapi ini adalah masalah ekonomi orang Islam.

Sekiranya dahulu sewaktu belum ada sistem perbankan ke arah Islam di Malaysia, mengambil pinjaman perumahan konvensional adalah harus. Begitu juga dengan rakyat Islam di negara yang tidak mempunyai sistem Islam, menjadi harus bagi mereka mengambil pinjaman perumahan konvensional.

Oleh itu dalam hal patuh shariah ataupun tidak di Malaysia, kita perlu sandarkan kepada orang yang layak, bertanggungjawab untuk mengeluarkan FATWA dan juga status Patuh Shariah ataupun sebaliknya, itu lebih selamat.

Isu seperti pelaburan Insurans, pembiayaan beli rumah, kereta, sehinggalah pelaburan dalam SAHAM di bursa saham ataupun di ASB.

Sudut pandang saya, yang hina, aib dan jahil ini, lebih baik digunakan perkataan Skim Perbankan Ke Arah Patuh Shariah, berbanding Perbankan Islam yang sebenarnya masih dalam usaha dan proses berterusan bagi mencapai 100% halal secara konkrit.

Wallahu A’lam.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *