Wanita Mudah Dieksploitasi dan Dimanipulasi ?

Salinan dari facebook pages Shamsuddin Kadir

Bismillah. SAW | Majoriti Manusia yang  banyak dieksploitasi dan dimanipulasi adalah wanita, dari make up, pakaian, kasut, handbag, majlis perkahwinan,  sehinggalah perhiasan rumah.

Banyak perkara yang bertentangan dengan ajaran agama, ataupun kajian, dilakukan oleh sebahagian wanita, kerana terpedaya dengan teknik pemasaran kotor barat yang mempengaruhi dan memanipulasi sehingga menyebabkan ramai terperangkap.

Kini, kaum lelaki yang diberikan kuasa ‘Talak’ juga sudah berjaya dipengaruhi dengan mudah oleh sistem pemasaran kotor gaya barat, tengok sahaja pada keretanya.

Banyak juga lelaki sekarang mudah terpedaya dengan skim-skim cepat kaya, kejantanan sejati sudah semakin hilang, gara-gara tidak memiliki ilmu yang betul dan juga amalan mempratikakn ilmu.

Perempuan yang matang memandang lelaki bukan melalui mata, tetapi melalui akal, iaitu perempuan menilai lelaki melalui fikiran, sekiranya tindakan lelaki itu tidak bijak, bagaimana perempuan hendak terima, bahawa lelaki lebih layak untuk memegang kuasa ‘Talak’.

Lain sekolah, lain pula ajarannya.

Wallahu A’lam.

Shamsuddin kadir

1 comments on “Wanita Mudah Dieksploitasi dan Dimanipulasi ?”

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *