Stres adalah Kerana Pilihan Menjadi Orang Malas

Bismillah. Baru-baru ini seorang individu bertanya kepada saya, berkenaan dengan bagaimana saya mengurus stres ataupun tekanan apabila sesuatu yang buruk berlaku kepada saya.

Jawapan saya, lebih berkurang begini

“Apa yang berlaku itu adalah pilihan saya. Kebanyakan yang membuatkan saya stres sekiranya berlaku, saya tahu ianya berpunca dari satu penyakit saya yang masih tidak hilang sepenuhnya (100%) iaitu penyakit MALAS.”

“Saya percaya kebanyakan perkara yang tidak baik, ataupun yang saya tidak suka berlaku adalah disebabkan oleh pilihan saya sendiri.”

Antara pilihan yang menyebabkan perkara yang stres itu berlaku pada sudut padangan saya adalah disebabkan pilihan saya MALAS.

Malas untuk mencari ilmu dengan lebih rajin di dalam bidang Agama

Malas untuk mencari ilmu dengan lebih bersemangat di dalam bidang kewangan

Malas untuk mencari ilmu dengan lebih keras ilmu di dalam bidang komunikasi

Malas untuk mencari ilmu yang HALAL dengan lebih cepat supaya tidak TERTIPU DAN RUGI

Malas untuk berdoa pada majoriti masa yang saya ada

Malas untuk membuat amalan soleh pada majoriti masa yang saya ada

Malas untuk membuat kebaikan pada majoriti masa yang saya ada

Malas untuk menjadi orang yang rajin.

Itu menyebabkan apabila sesuatu yang tidak bagus dan yang saya tidak suka berlaku, antara perkara selain mengucapkan Inalillah…

Saya akan berkata, “Padan muka saya kerana memilih untuk menjadi orang yang belum rajin yang berlebihan”

Saya tidak mahu menyalahkan orang lain, kerana itu ‘Defense Mechanism’

Saya tidak mahu menyalahkan Tuhan (Allah) kerana Tuhan itu baik dan tidak pernah membuat yang tidak baik.

Yang memilih perkara yang tidak baik itu berlaku adalah SAYA, Shamsuddin Kadir.

Panjang lebar pula saya berhujah kepada diri saya. Hidup ini pilihan, tidak perlu saya hendak memberi alasan. Rujuk surah As Syam dan Surah Kafli Ayat 29.

Astaghfirullah. Wallahu A’lam.

Malaysia | Shamsuddin Kadir

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *