Bismillah. Punca Ada Hutang Yang Buruk @ Jahat

Bismillah. Antara punca yang menyebabkan seseorang itu memiliki hutang yang tidak baik adalah berpunca dari hati, ataupun nilai diri ataupun kedua-duanya.

Isu hati adalah isu tahap keimanan, apabila nafsu yang menjadi raja di dalam diri, maka, secara purata seseorang itu terpaksa menanggung hutang buruk iaitu hutang pinjaman peribadi, hutang kad kredit(hutang) dan hutang skim ansuran mudah. Semakin kurang seseorang itu mencintai orang lain yang bukan ahli keluarganya, semakin kuat beliau berbelanja bagi meningkatkan simbol-simbol kekayaan untuk ditayangi kepada orang ramai.

Apabila seseorang itu tidak mengamalkan perangai yang elok (di dalam Islam adalah Akhlak), nilai diri kita jatuh merudum, ini yang menyebabkan sebahagian daripada kita mudah berbelanja melebihi dari apa yang kita mampu, kerana ingin orang lain nampak kita ‘ELOK’. Sedangkan perangai yang elok (Akhlak) dengan barangan berstatus kaya, make up muka yang ala selebriti ataupun pakaian kita yang berjenama ataupun berlabucci, tidak mampu untuk membuatkan orang lain memandang kita sebagai ‘ELOK’. Itu antara punca manusia akan terus menerus berbelanja berlebihan, selagi mereka tidak mempunyai perangai yang elok. Antara orang yang kurang berbelanja dan tidak akan menanggung hutang yang tidak baik adalah orang yang sudah ada perangai JUJUR, AMANAH, BAIK, SOPAN, ALIM, BERIMAN, MENGHORMATI ORANG LAIN dan banyak lagi. Semakin banyak perangai yang elok itu kita ada, semakin kurang kita berbelanja untuk mempengaruhi orang lain supaya nampak kita hebat ataupun mahal.

Bagi mendidik hati diri sendiri, dalam hal Agama, banyak mendampingi ustaz yang hatinya di Akhirat.

Bagi mendidik diri supaya berakhlak terpuji juga sama seperti di atas dan termasuk berkawan dengan orang yang sudah mempunyai jenama mahal itu, iaitu jujur, menepati masa, pandai berkomunikasi, merendah hati.

Semakin baik akhlak kita, semakin kurang kita berbelanja untuk diri sendiri.

Cara paling mudah untuk menyelesaikan masalah kewangan adalah mengamalkan tip di atas, termasuk yang wajib adalah BERDOA.

Facebook Malaysia | Shamsuddin Kadir

Satu salinan entri di facebook Insyaa Allah dihantar ke www.ShamsuddinKadir.com

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *