Bismillah. Kaedah Mengurangkan Belanja dan Hutang

Bismillah. Antara kaedah paling mudah untuk mengurangkan belanja ataupun membebaskan dengan hutang.

Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian Alam, salam dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w

Buat : Baca buku-buku Agama, pandang dengan hati orang mempunyai kekurangan kepada kita.

Jangan buat : Baca suratkhabar, tengok berita, bercakap perkara yang kosong, pandang orang yang lebih banyak harta dan duit.

Ini adalah tip yang paling mudah untuk memastikan kos gaya hidup kita jatuh mendadak dengan izin Allah.

Tidak perlu bacapun buku tulisan kami iaitu Buku Hidup Tenang Walaupun Berhutanguntuk mengurangkan hutang.

Apabila membaca buku-buku Agama DAN pada masa yang sama membaca buku-buku kewangan yang syariah compliant (In Syaa Allah), itu adalah antara yang lebih cepat.

Pesan Imam Syafie “Kalau inginkan dunia, perlu ada ilmu, kalau inginkan Akhirat perlu ada ilmu, dan kalau inginkan kedua-duanya perlu ada ilmu”

Lain sekolah ilmu, lain pula ajarannya. Hormati dan raikan perbezaan.

Astaghfirullah. Wallahu’alam (hanya Allah yang tahu segala-galanya dan hanya Allah yang tahu yang sebenar-benarnya)

Facebook Malaysia | Shamsuddin Kadir

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *